Cuti Raya Cina, Sekolah Bakal Berakhir, WCE Jangka 160,000 Kenderaan Sehari

Pemandangan dari atas di salah sebuah R&R WCE. Foto ihsan WCE.
Pihak Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal memandangkan lebih 160,000 kenderaan diunjurkan sehari mulai Sabtu ini.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Strategik & Libat Urus WCE, Syed Mohammed Idid berkata, pihaknya menjangkakan kemuncak aliran trafik pulang akan berlaku antara 21 Februarihingga 22 Februari ini apabila orang ramai mula kembali selepas tempoh cuti panjang.
"Jumlah trafik harian berpotensi untuk melebihi 160,000 kenderaan sehari, dengan kesesakan ketara dijangka akan berlaku dari pertengahan petang hingga lewat malam di laluan menghala masuk ke Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
"Berbeza dengan aliran keluar yang berperingkat pada awal musim perayaan, perjalanan pulangkali ini dijangka lebih padat susulan keperluan orang ramai untuk kembali kepada rutin harian menjelang hari-hari awal Ramadan," katanya.
Untuk itu, bagi mengelakkan kesesakan, beliau pengguna lebuh raya boleh merancang perjalanan lebih awal dan memuat turun Aplikasi WCE App bagi mendapatkan maklumat trafik masa nyata, paparan CCTV secara langsung serta info lebuh raya terkini.
Selain itu, bagi mereka yang mahu pulang ke ibu kota disarankan bertolak awal pada waktu pagi sekiranya berpeluang, bagi mengelakkan waktu puncak pada sebelah petang dan malam.
Tambah beliau, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan: Periksa tahap minyak kenderaan, brek, tayar dan enjin sebelum memulakan perjalanan.
"Pengguna kenderaan elektrik (EV) boleh mengecas di stesen berkapasiti tinggi di jajaran Perak (Plaza Tol Trong, Plaza Tol Taiping Selatan) dan jajaran Selangor (Plaza Tol SAE, Plaza Tol Assam Jawa).
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi had laju, pakai tali pinggang keledar, kekal fokus dan elakkan memandu dalam keadaan mengantuk," jelasnya.
Beliau juga mengingatkan lorong kecemasan bukan lorong khas motosikal, sebaliknya khusus sepenuhnya untuk kegunaan kecemasan, termasuk pengurusan insiden, kenderaan rosak dan situasi tidak dijangka.
"Penyalahgunaan lorong ini boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain. Jika anda mahu berehat, terdapat enam Kawasan Rehat & Rawat (R&R) WCE yang beroperasi sepenuhnya: R&R Sungai Nyiur (Arah Utara/Selatan), R&R Bukit Kapar (Arah Utara/Selatan), R&R Sijangkang dan R&R Johan Setia.
.jpeg)
Salah sebuah R&R di WCE.
"Bagi mengelakkan kelewatan, pastikan baki tol mencukupi: yang mana pengguna boleh tambah nilai kad Touch ‘n Go atau e-wallet melalui Kiosk Layan Diri (SSK) yang disediakan di semua 14 plaza tol," ujarnya
Sehubungan itu, sekiranya berlaku kecemasan atau memerlukan bantuan sepanjang perjalanan di WCE, pengguna lebuh raya boleh menghubungi talian Infoline WCE di 1700-81-6600 untuk bantuan segera.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2059
SELANGOR
BSU2919
JOHOR
JF4022J
PULAU PINANG
PSG2293
PERAK
APM120
PAHANG
CFH9518
KEDAH
KGJ3871
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4594
KUCHING
QAB7260P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge