ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

Suhana Veru

Kongsi melalui


WhatsApp-Image-2026-02-06-at-18.40.50-(1).jpeg


OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000 manakala pakej Super Early Bird pula bernilai RM8,888 untuk menghargai pelanggan yang membuat tempahan awal sebelum pelancaran rasmi bulan depan.

Pengumuman ini dibuat semasa Majlis Penghargaan Media, yang turut berfungsi sebagai kemas kini strategik mengenai hala tuju jenama bagi tahun 2026.

Bagi menghargai pelanggan terawal, OMODA/JAECOO menawarkan pakej eksklusif bernilai RM8,888 bagi mereka yang membuat tempahan sebelum pelancaran bulan depan.

  • JAECOO J5 Insurans Tahun Pertama + Trio Aksesori + Rebat Angpow CNY RM8,888

Difahamkan, Jaecoo J5 merupakan model paling mampu milik dalam barisan produk Jaecoo.

Dengan panjang 4,380 mm dan jarak roda 2,620 mm, J5 diletakkan tepat dalam radar pencabar Honda HR-V, Proton X50 dan juga ‘sepupunya’, Chery Tiggo Cross. 

Model ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter empat silinder turbo yang menghamburkan kuasa sebanyak 147 PS dan tork 210 Nm. Kuasa ini disalurkan kepada roda hadapan melalui sistem transmisi automatik CVT. 

Untuk suspensi, J5 menggunakan sistem multi-link di bahagian belakang, satu ciri yang jarang ditawarkan pada SUV segmen B yang biasanya menggunakan torsion beam. Sudut depan pula menggunakan sistem MacPherson strut. 

WhatsApp-Image-2026-02-06-at-18.40.29.jpeg

Menjengah bahagian kabinnya, iasarat dengan teknologi yang termasuk unit infotainmen bersaiz 13.2 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Sementara itu, panel instrumen yang digunakan berukuran 8 inci. 

Untuk kemasan, model ini menggunakan material kulit sintetik yang mempunyai ciri anti-bakteria dan tahan calar, sangat praktikal untuk kegunaan harian.

Dari segi ruang but,  J5 menawarkan ruang but seluas 480 liter dan boleh dibesarkan sehingga 1,180 liter jika tempat duduk belakang dilipat.

WhatsApp-Image-2026-02-06-at-18.40.40.jpeg

Mengenai ciri keselamatan, anda jangan risau kerana  Jaecoo J5 dilengkapi dengan pakej ADAS lengkap yang menyokong pemanduan separa autonomi Tahap 2.5. 

Apa pula pandangan anda mengenai Jaecoo J5? Komgsikan pendapat anda di bawah ruangan ini?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL1175

SELANGOR

BSS7105

JOHOR

JC4074J

PULAU PINANG

PSE6749

PERAK

APK6452

PAHANG

CFH4487

KEDAH

KGH5341

NEGERI SEMBILAN

NEL4293

KOTA KINABALU

SJT5344

KUCHING

QAB4022P

Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

05-03-2026
Pandu Uji

04-03-2026
Kereta Baru

06-02-2026
Kereta Baru

17-12-2025
EV

14-08-2025
Global

19-10-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.