Lari Daripada Polis Sebab Ada Dadah, Nyawa Pula Melayang!

Seorang wanita disyaki pengedar dadah maut, manakala rakannya parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas di hadapan Pejabat Tanah, Jalan Suka Menanti, Kedah.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, berkata kejadian berlaku jam 8.20 malam ketika anggotanya sedang melakukan Op Gempur di kawasan itu.
Beliau berkata, sebaik melihat kenderaan dinaiki kedua-dua wanita itu dalam keadaan mencurigakan, polis mengejar sebelum berlaku kemalangan.
"Seorang daripada suspek meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi parah.
Polis turut menemui satu plastik berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 210 gram," katanya ketika dihubungi hari ini.
Syed Basri berkata, suspek iaitu pemandu kereta berusia 37 tahun parah dan hasil siasatan mendapati dia mempunyai 12 rekod jenayah lalu berkaitan dadah.
"Rakannya pula mempunyai tiga rekod kes dadah dan satu kes jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut dan suspekl yang parah dirawat di hospital sama," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2463
SELANGOR
BSU8148
JOHOR
JG8742J
PULAU PINANG
PSH2060
PERAK
APM7084
PAHANG
CFJ3324
KEDAH
KGJ7027
NEGERI SEMBILAN
NEM4987
KOTA KINABALU
SJU9763
KUCHING
QAB9435P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge