Nak Kurangkan Kesesakan, PLUS Tambahkan Lorong Smart Lane

Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Plus Malaysia Berhad meningkatkan jumlah Smart Lane kepada 32 lokasi di Lebuh Raya Utara-Selatan bagi melancarkan aliran trafik memandangkan 2.2 juta kenderaan dijangka banjiri lebuh raya Plus pada setiap hari.
Pengarah Urusan Plus, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, inisiatif itu merupakan antara usaha utama syarikat dalam menangani kesesakan trafik ketika tempoh puncak perayaan.
Menurutnya, kesemua 32 lokasi Smart Lane tersebut melibatkan jajaran dari utara hingga ke selatan lebuh raya, khususnya di kawasan yang sering merekodkan trafik tinggi
“Bagi musim perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini, Plus telah meningkatkan Smart Lane kepada 32 lokasi, berbanding sebelum ini. Daripada jumlah itu, 19 lokasi di Wilayah Tengah, lima di Wilayah Utara dan lapan di Wilayah Selatan,” katanya.

Nik Airina berkata, Smart Lane dibuka bagi membantu melegakan aliran trafik dan bukan untuk pemanduan laju kerana laluan tersebut menggunakan bahu jalan.
“Smart Lane ini untuk melancarkan pergerakan kenderaan, bukan untuk memandu seperti lorong biasa. Pengguna perlu memandu secara berhemah kerana laluan ini lebih sempit dan berhampiran lorong kecemasan,” katanya.
Menurutnya, pengguna boleh mengenal pasti Smart Lane yang sedang beroperasi melalui lampu hijau berkelip serta papan tanda yang dipasang sebelum, di sepanjang dan selepas kawasan Smart Lane.
Tambahnya, pembukaan Smart Lane mampu meningkatkan kapasiti jalan sehingga kira-kira 25 hingga 30 peratus bergantung kepada lokasi dan tahap kesesakan.
“Walaupun kapasiti bertambah, pengguna perlu memahami Smart Lane berada di bahu jalan, justeru kelajuan perlu dikawal bagi memastikan keselamatan,” katanya.
Smart Lane ialah pembukaan sementara lorong kecemasan di laluan-laluan tertentu yang kritikal di lebuh raya bagi melancarkan aliran trafik.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4596
SELANGOR
BSU3431
JOHOR
JF5040J
PULAU PINANG
PSG3080
PERAK
APM1461
PAHANG
CFH9806
KEDAH
KGJ4132
NEGERI SEMBILAN
NEM2419
KOTA KINABALU
SJU4962
KUCHING
QAB7404P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge