ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perang Gergasi Automotif: Geely Rampas Takhta BYD Di China, Jualan BYD Jatuh 50%

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Geely-EM-AI-SuperHybrid-PHEV-2.jpg


Lanskap automotif dunia dikejutkan dengan perubahan drastik di pasaran terbesar dunia, China. Memasuki Januari 2026, Geely secara rasminya telah memintas gergasi kenderaan tenaga baharu (NEV), BYD, untuk muncul sebagai jenama nombor satu dari segi jualan runcit dan borong, lapor CarNewsChina.


Walaupun pasaran secara keseluruhan menunjukkan trend penyusutan, dominasi Geely membuktikan bahawa strategi pelbagai model mereka mula membuahkan hasil lumayan.


Bagaimana Geely Boleh Memintas BYD Dengan Jurang Begitu Besar?


Geely-New-Facility-(1).jpg


Pusat Keselamatan Automotif terbesar dunia yang dibuka Geely di Hangzhou Bay, Zhejiang


Di sebalik pasaran kenderaan penumpang yang agak perlahan, Geely berjaya mencatatkan jualan runcit atau pendaftaran sebanyak 210,000 unit, manakala jualan borongnya kepada pengedar mencecah 270,000 unit. Angka ini menyaksikan Geely mendahului pencabar terdekatnya dengan kelebihan sekitar 60,000 hingga 80,000 unit.


Untuk tahun 2026, Geely tidak menunjukkan tanda-tanda mahu memperlahankan rentak. Gergasi automotif itu menyasarkan:

  • Pelancaran Agresif: Satu hingga dua model baharu bagi setiap suku tahun.
  • Sasaran Jualan: Mencapai jualan tahunan sebanyak 3.45 juta kenderaan.

Apa Dah Jadi Dengan BYD? 


web_CariCarz_WA_BYD-Seal-6-Launch_-5.jpg


Sesuatu yang agak mengejutkan berlaku kepada BYD pada bulan pertama 2026. Jualan runcit mereka menjunam lebih daripada 50% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.


Daripada rekod 200,000 unit tahun lepas, BYD hanya mampu mencatatkan jualan runcit sebanyak 94,000 unit pada Januari ini. Meskipun masih berada di kedudukan tiga teratas bagi jualan borong dengan 206,000 unit, kejatuhan dalam sektor runcit ini memberi petanda bahawa persaingan di China kini semakin sengit.


Juga Menarik: Geely Bakal Gugat Dominasi BYD? Jualan Semakin Melonjak Di China


Benarkah Huawei Kini Dah Jadi 'Pemain Besar' Industri Kereta?


Satu lagi kejutan besar ialah kehadiran Harmony Intelligent Mobility Alliance (HIMA), iaitu syarikat start-up NEV milik syarikat teknologi, Huawei.


HIMA-Stelato-S9T-EV-3.jpg


Stelato S9T, model wagon elektrik pertama daripada HIMA.


Data menunjukkan jualan runcit HIMA melonjak sebanyak 65.5% tahun-ke-tahun. Ini adalah kali pertama jenama di bawah payung Huawei berjaya memecah masuk ke kelompok 10 jenama terbaik di China dengan jualan sebanyak 58,000 unit.


Bagaimana Pula Dengan Prestasi Jenama Lain Seperti Tesla Dan Chery Di China?


Selain Geely dan BYD, beberapa jenama lain turut menunjukkan prestasi yang menarik untuk diperhatikan:

  • Chery: Berjaya menduduki tangga ketiga dalam pasaran borong dengan 194,000 unit.
  • SAIC: Mencatatkan lonjakan borong sebanyak 53.6%, sebahagian besarnya didorong oleh prestasi eksport jenama MG yang sangat cemerlang di luar negara.
  • Tesla: Kekal stabil dengan jualan borong sebanyak 69,000 unit (naik 9.3%), di mana kilang Gigafactory Shanghai terus menjadi nadi utama eksport jenama tersebut.

Sumber: CarNewsChina

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9860

SELANGOR

BSU4223

JOHOR

JF7250J

PULAU PINANG

PSG4393

PERAK

APM2575

PAHANG

CFJ1233

KEDAH

KGJ4724

NEGERI SEMBILAN

NEM2853

KOTA KINABALU

SJU5612

KUCHING

QAB7546P

Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

07-09-2026
Teknologi

10-02-2026
Global

09-02-2026
Global

06-02-2026
Global
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

20-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Dari Rekaan Kotak, Jetour Kini Tembusi Pasaran Global

SUV Berkotak JETOUR: Gaya Off-Road Kini di Pasaran Global.

15-10-2026
Berita Auto

Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan

Perodua menerajui carta jualan September 2026.

15-10-2026
Berita Auto

Mampukah SUV Baru PROTON Cabar Ativa?

Mampukah SUV baharu Proton ini menewaskan Ativa?

15-10-2026
Berita Auto

Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja

Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.

14-10-2026
Berita Auto

Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat

Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?

14-10-2026
Berita Auto

GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor

Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.

14-10-2026
Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.