ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

Sedan segmen-C ini ditawarkan dalam empat varian – Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.

Dari segi harga, rangkaian S70 yang dikemas kini ini ditawarkan pada harga RM68,800 (Executive), RM74,800 (Premium), RM84,800 (Flagship) dan RM89,800 (Flagship X).

Bagaimanapun, harga yang dinyatakan termasuk rebat khas RM5,000 yang kini ditawarkan kepada pembeli terawal.

image.png

Harga tersebut turut merangkumi jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, enam kali servis percuma dari segi kos buruh, serta pakej data percuma selama lima tahun yang dihadkan kepada 2GB sebulan.

Bagaimanapun, tanpa rebat, harga sebenar adalah sama seperti model pra-facelift yang dilancarkan pada November 2023.

Seperti mana yang didedahkan pada minggu lalu  ketika tempahan awal dibuka, S70 model tahun 2026 menggantikan enjin 1.5 liter tiga silinder turbo terdahulu dengan enjin petrol turbo 1.5 liter empat silinder ‘i-GT’ serba baharu iaitu enjin yang sama digunakan pada X50 facelift dan X70 model tahun 2026 yang dikemas kini.

image.png

Enjin baharu ini mampu menghasilkan kuasa setakat 181 PS dan 290 Nm, dimana kesemua kuasa disalurkan ke roda hadapan melalui transmisi automatik DCT tujuh kelajuan yang telah ditala semula.

Untuk itu, ia mampu memecut dari  0-100 km/j kini hanya mengambil masa 7.5 saat, dan Proton turut mendakwa purata penggunaan bahan api yang lebih baik pada 5.7 liter/100 km.

Menjengah luarannya, Proton S70 2026 kini tampil dengan lampu hadapan LED sepenuhnya yang direka semula. Varian Flagship pula menerima rim dua tona 17 inci baharu dan dibalut dengan tayar GitiComfort F22 yang baharu.

image.png

Bagi mereka yang memilih varian tertinggi Flagship X, penampilan luaran dipertajamkan lagi dengan kit badan aerodinamik serba baharu yang lebih agresif, lengkap dengan spoiler penutup but baharu, elemen diffuser palsu yang lebih garang pada bampar belakang, serta liang udara hadapan.

Mengenai ciri kelengkapan, ia ditawarkan mengikut varian seperti mana yang dinyatakan dalam risalah di bawah.

Kebanyakan ciri premium selain rim dan kit badan hanya dikhaskan untuk varian Flagship.

Apapun, kedua-dua varian ini sahaja menawarkan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar melalui skrin sentuh 12.3 inci yang dinaik taraf.

image.pngimage.png

Bagi varian teratas, ia hadir dengan   pengecas telefon tanpa wayar, kamera parkir 360 darjah, tempat duduk pemandu dengan pelarasan kuasa, serta panel instrumen digital TFT bersaiz 10.25 inci.

Kemasan tempat duduk kulit ditawarkan sebagai standard bermula dari varian Premium, manakala varian Executive menggunakan fabrik. Kedua-dua varian lebih rendah ini juga dilengkapi rim 16 inci yang lebih kecil, meter analog dan unit infotainmen asas bersaiz 8 inci.

image.pngimage.png

Apa yang menarik, semua varian dilengkapi enam beg udara, bantuan pertukaran lorong, amaran pembukaan pintu, amaran pelanggaran belakang (RCW) dan amaran lintasan trafik belakang (RCTA). Seperti sebelum ini, ciri ADAS Tahap 2 hanya ditawarkan pada dua varian Flagship.

image.png

Dari segi warna,, Passion Red digantikan dengan warna baharu Ruby Red, manakala Teal Bayou Green sudah tiada di pasaran. Selain itu, pilihan warna hitam, putih, kelabu dan biru yang sedia ada masih dikekalkan.






Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM5627

SELANGOR

BST2260

JOHOR

JD1347J

PULAU PINANG

PSF832

PERAK

APK9530

PAHANG

CFH5385

KEDAH

KGH7203

NEGERI SEMBILAN

NEL5710

KOTA KINABALU

SJT6940

KUCHING

QAB4514P

Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Dari Saga Ke S70: Proton Juarai Jualan Sedan Di M'sia

Proton kekal sebagai jenama terlaris bagi kereta sedan di Malaysia apabila sebanyak 3.85 juta unit terjual sejak pelancaran Proton Saga pada 9 Julai 1985.

21-10-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.