ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Zeekr-7X-OffRoad-Sepang-5-full_normal.jpg


Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026. Perubahan harga ini dibuat berikutan berakhirnya tempoh pengecualian cukai dan duti kerajaan bagi kenderaan elektrik (EV) import (CBU), serta kehabisan stok bagi versi pengeluaran tahun 2025.


Meskipun terdapat kenaikan, kadar kenaikannya dilihat masih munasabah iaitu sekitar RM3,000 hingga RM4,000 (peningkatan kira-kira 1.6% hingga 1.8%) bergantung kepada varian. Langkah ini diambil bagi memastikan jenama premium China ini kekal kompetitif di pasaran tempatan.


Berapakah Harga Rasmi Zeekr 7X Untuk Tahun 2026?


WhatsApp-Image-2026-02-06-at-16.52.34-(1).jpeg


Berikut adalah senarai harga terkini (atas jalan tanpa insurans) bagi ketiga-tiga varian Zeekr 7X yang ditawarkan di Malaysia:

  • Zeekr 7X RWD Standard: RM182,800 (Sebelum ini RM179,800)
  • Zeekr 7X RWD Long Range: RM193,800 (Sebelum ini RM189,800)
  • Zeekr 7X AWD Performance: RM230,800 (Sebelum ini RM226,800)


Caricarz-MBA-Zeekr-7X-Launch-28-full.jpgCaricarz-MBA-Zeekr-7X-Launch-33-full.jpg
Caricarz-MBA-Zeekr-7X-Launch-26-full.jpg


Pengurus Besar Zeekr Malaysia, Eddy Lu, menjelaskan bahawa kenaikan ini tidak dapat dielakkan memandangkan syarikat kini beralih kepada stok baharu bagi tahun 2026 yang tidak lagi menikmati pelepasan cukai lama.


"Kami telah berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan kenaikan pada tahap paling minimum bagi pengguna di Malaysia. Peningkatan sekitar 1.8% ini membolehkan kami kekal bersaing tanpa menjejaskan aspek teknologi premium, kualiti tinggi, serta pengalaman pemilikan yang menjadi identiti Zeekr," ujar beliau.


Juga Menarik: Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000


Adakah Model Zeekr X Dan Zeekr 009 Turut Mengalami Kenaikan Harga?


Buat masa ini, harga bagi Zeekr X dan MPV mewah Zeekr 009 masih dikekalkan pada harga lama. Ini kerana stok bagi pengeluaran tahun 2025 bagi kedua-dua model tersebut masih lagi tersedia untuk pasaran tempatan. Walau bagaimanapun, harga ini mungkin berubah sebaik sahaja stok 2025 habis dijual.


Apakah Perancangan Masa Depan Zeekr Di Malaysia?


Walaupun landskap cukai berubah, Zeekr tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan langkah. Eddy Lu menegaskan syarikat komited untuk memperluaskan portfolio model mereka di Malaysia sepanjang tahun ini dengan lebih banyak kemas kini dan pelancaran model baharu selaras dengan strategi jangka panjang mereka.

Juga Menarik: SUV Elektrik Zeekr 7X Terbukti 'Ganas' Tempuhi Cabaran Off-Road Di Sepang Bay 13

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE9379

SELANGOR

BSR4057

JOHOR

JYB9354

PULAU PINANG

PSD5462

PERAK

APJ6085

PAHANG

CFG9947

KEDAH

KGG8501

NEGERI SEMBILAN

NEK8247

KOTA KINABALU

SJS8502

KUCHING

QAB1494P

Terakhir Kemas Kini 04 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

02-02-2026
Global

21-01-2026
Global

09-01-2026
Global

06-01-2026
Berita Auto

22-12-2025
Teknologi

25-11-2025
Kereta Baru

22-08-2025

Berita Terkini

EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026
EV

Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota

Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.

25-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.