- Berita
- Berita Auto
- Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS
Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Kesesakan trafik yang panjang antara punca microsleep.
Isu 'mengantuk sesaat' atau microsleep bukan perkara remeh. Di Malaysia, fenomena ini dikenal pasti sebagai punca utama kepada kira-kira 20% kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun, termasuk kes-kes yang meragut nyawa.
Statistik membimbangkan ini dikongsikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Siti Zaharah Ishak, yang menyifatkan pemandu sering terdedah kepada risiko ini tanpa mereka sedari.
Apa Sebenarnya Yang Berlaku Semasa Microsleep?
Menurut Siti Zaharah, microsleep berlaku apabila seseorang hilang kesedaran secara tiba-tiba dalam tempoh yang sangat singkat. Apa yang menakutkan, pemandu mungkin kelihatan seperti masih celik, namun hakikatnya otak mereka sudah "tertidur" antara dua hingga 10 saat.
Keadaan ini lazimnya dipengaruhi oleh jam biologi badan, terutamanya ketika musim perayaan yang melibatkan perjalanan jarak jauh, tempoh pemanduan yang lama, serta perubahan rutin harian yang drastik.
Mengapa Risiko Kemalangan Meningkat Waktu Perayaan?
Musim perayaan menyaksikan lonjakan trafik yang luar biasa. Berdasarkan unjuran Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), lebih dua juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya utama pada waktu puncak.

Kesesakan yang melampau ditambah dengan keletihan fizikal menjadikan pemandu lebih terdedah kepada microsleep. Contoh paling tragis berlaku pada 10 Februari lalu di Melaka, di mana seorang penunggang motosikal maut selepas sebuah kereta yang dipandu individu berusia 35 tahun, dipercayai mengalami microsleep, merempuh kenderaan di laluan bertentangan.
Bagaimana Cara Untuk Mengenali Tanda Awal Microsleep?
Jangan abaikan isyarat badan anda. Siti Zaharah menjelaskan antara tanda-tanda awal anda mula ‘dipukau’ rasa mengantuk adalah:
- Badan mula membuat pergerakan rawak yang tidak perlu/tersengguk-sengguk.
- Kelajuan kenderaan menjadi tidak konsisten (kejap laju, kejap perlahan).
Apakah Tip Paling Berkesan Untuk Menyelamatkan Nyawa Diri & Orang Lain Dalam Isu Microsleep?
Gambar hiasan
Kualiti tidur adalah kunci utama. Secara purata, manusia memerlukan sekurang-kurangnya tujuh jam tidur untuk berasa segar sepenuhnya. Selain itu, pemandu dinasihatkan untuk:
- Rancang Perjalanan: Pastikan ada waktu rehat yang cukup sebelum memulakan pemanduan.
- Berhenti Di R&R: Jika mula rasa mengantuk, jangan paksa diri. Berhentilah sebentar di kawasan rehat untuk melelapkan mata (power nap).
- Buka Tingkap: Buka tingkap kereta sekali-sekala untuk membolehkan udara segar masuk ke dalam kabin.
- Guna Isyarat: Jika terperangkap dalam kesesakan, gunakan lampu hadapan atau hon sebagai isyarat amaran kepada pemandu lain yang mungkin kelihatan tidak stabil.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat