ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu  sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!

Angka ini bukan sekadar statistik biasa memandangkan dalam tempoh dua bulan pertama 2026, PROTON sudah berjaya menyerahkan 33,399 unit kenderaan.

Walaupun jumlah ini menurun 31% berbanding Januari, ia meningkat 20.8% berbanding Februari 2025. Secara keseluruhan, jualan bagi dua bulan pertama tahun ini mencecah 33,399 unit, meningkat 57.9% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar, Datuk  Abdul Rashid Musa berkata, PROTON memulakan 2026 dengan prestasi yang kukuh berikutan hasil permintaan berterusan terhadap barisan model baharu.

Dato’-Ir.-Abdul-Rashid-Musa,-Chief-Executive-Officer,-PROTON-Edar-2.jpg

"Dalam tempoh terdekat, fokus kami adalah untuk mengurangkan tempoh menunggu pelanggan dengan meningkatkan pengeluaran dan penghantaran setiap bulan tanpa menjejaskan kualiti produk. Pelaburan yang dibuat di Tanjong Malim memberi keyakinan kepada kami untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

Proton-Saga-is-Malaysia’s-YTD-volume-leader-as-new-models-continue-to-be-main-volume-drivers-1.jpg

PROTON SAGA TETAP KING DI MALAYSIA!

Di sebalik jualan ini, Proton Saga kekal sebagai model paling laris.

Selepas mencatat jualan bulanan tertinggi dalam sejarahnya pada Januari, sebanyak 6,047 unit didaftarkan lagi pada Februari.

Ini menjadikan jumlah jualan YTD Saga sebanyak 16,332 unit, meningkat 69.8% berbanding tahun lalu dan sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai model paling laris di Malaysia.

Proton-X50-has-carried-over-its-sales-momentum-into-2026-and-with-1,842-units-sold-in-February-1.jpg

Proton X50 yang diperkenalkan dalam versi terkini pada Julai 2025 terus mencatat prestasi stabil. SUV segmen-B ini merekodkan 1,842 unit pada Februari, menjadikan jumlah jualan YTD sebanyak 4,271 unit, meningkat 31.1% berbanding tahun lalu.

image.png

Di sebalik itu,  Proton S70 turut menunjukkan peningkatan ketara apabila sebanyak 1,940 unit  terjual pada Februari, lalu sekali gus menjadikan jumlah jualan YTD sebanyak 3,544 unit, meningkat 51.5% berbanding tempoh sama tahun lalu. Model ini merupakan penyumbang kedua tertinggi kepada jumlah jualan PROTON bagi bulan tersebut.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT9254

SELANGOR

BSP2413

JOHOR

JYU7813

PULAU PINANG

PSB4203

PERAK

APG6432

PAHANG

CFG2182

KEDAH

KGF3184

NEGERI SEMBILAN

NEK1350

KOTA KINABALU

SJR3783

KUCHING

QAB5480N

Terakhir Kemas Kini 18 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

18-11-2025
Kereta Baru

11-11-2025
Berita Auto

28-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto

28-09-2025
Berita Auto

11-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.