Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka

Isuzu Malaysia terus memperkasakan rangkaian jualan dan selepas jualan mereka dengan perasmian Pusat 3S Isuzu Autoexec Corporation yang terletak di Jalan Tun Razak, berhampiran Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Kuala Lumpur.

Apa yang menarik di Pusat 3S baharu ini?


Transformasi Operasi: Perpindahan dan pengembangan daripada cawangan 1S di Jalan Semarak ke fasiliti 3S yang lebih lengkap.
Teknologi Digital: Bilik pameran dilengkapi ruang menunggu selesa, sudut cenderahati, dan integrasi maya terkini.
Pusat Servis Bersepadu: Mampu menyelenggara trak pikap dan trak komersial (trak besar) serentak.
APA KATA BIG BOS!
Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi berkata, pembukaan Pusat 3S Isuzu baharu dengan identiti korporat terkini dijangka akan meningkatkan lagi kehadiran Isuzu sekali gus meningkatkan minat terhadap barisan produk i yang mempunyai tarikan khusus.
"Saya percaya bahawa kenderaan Isuzu turut mampu memenuhi keperluan pengguna urban,” katanya.
Pembukaan Pusat Isuzu 3S Autoexec Corporation yang baharu ini bertepatan dengan pengenalan model Isuzu D-Max 2.2 liter turbodiesel baharu yang turut menawarkan varian Single Cab Automatic yang pertama di Malaysia.
Ini menjadikan semua model Isuzu yang ditawarkan dalam pasaran ketika ini sama ada D- MAX, ELF, FORWARD atau GIGA — hadir dalam pilihan kotak gear manual atau automatik untuk memberikan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan.
Berikut adalah perincian waktu operasi dan lokasi:
Lokasi: No. 21, Jalan Tun Razak (Sangat dekat dengan WTCKL).
Kemudahan: Bilik pameran buka 7 hari seminggu.
Waktu Servis: Isnin - Sabtu (9:00 pagi hingga 6:00 petang).
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU5360
SELANGOR
BSU4924
JOHOR
JG296J
PULAU PINANG
PSG5583
PERAK
APM3640
PAHANG
CFJ1635
KEDAH
KGJ5152
NEGERI SEMBILAN
NEM3305
KOTA KINABALU
SJU6127
KUCHING
QAB7796P
Terakhir Kemas Kini 20 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Isuzu D-Max 2.2L Rentas Sabah Sarawak Cuma 1 Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-MAX 2.2L Bukti Penjimatan Luar Biasa
19-10-2026
Anak Beranak Maut Dihempap Kontena
Dua beranak maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap kontena.
19-10-2026
ECRL RM125 Ke Kelantan: Berbaloi Atau Mahal?
ECRL Gombak-Kota Bharu RM125: Ini Beza Tiket Ekspres & Transit Yang Anda Perlu Tahu
19-10-2026
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge