Boleh Ke Guna MyKad Ahli Keluarga Beli RON95 Bersubsidi

Ramai yang tertanya-tanya boleh ke guna Mykad ahli keluarga untuk isi RON95 bersubsidi?
BERIKUT ADALAH PENJELASAN JPN:
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Badrul Hisham Alias berkata, di bawah Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara, penggunaan MyKad milik orang lain adalah dilarang.
Beliau berkata, setiap warga negara perlu menyimpan MyKad mereka sendiri dan kad itu tidak boleh dipegang atau dibawa oleh orang lain selain pemiliknya.
"Peraturan negara jelas mengatakan setiap warga negara hendaklah menyimpan MyKad masing-masing, tidak boleh dipegang atau dijaga oleh mana-mana orang selain pemilik.

"Namun, mungkin ada keadaan di mana keluarga sama ada anak, ibu atau ayah yang menggunakan MyKad (dengan pengetahuan pemilik), jika tidak ada kes (salah guna atau kecurian), maka tidak menjadi suatu kesalahan, kecuali MyKad yang hilang dan disalah guna, itu lain cerita.Untuk salah guna subsidi Budi95, itu di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan bukan bidang kuasa kita," katanya kepada Harian Metro.
Mengulas lanjut, beliau berkata, anak-anak yang membantu ibu bapa mengisi minyak menggunakan kad pengenalan mereka bukan satu kesalahan.
"Contohnya lagi di sini, mengikut undang-undang pendaftaran, sekiranya MyKad kanak-kanak dibawa oleh ibu bapa, ia adalah satu kesalahan. Tetapi kita ambil tak tindakan? Tak ada. Sebab kita tak menguatkuasakan pun perkara itu. Dalam keadaan biasa selalunya memang ibu bapa akan simpan jadi tidak berlaku salah guna," katanya.
Beliau berkata, jika MyKad hilang dan digunakan oleh pihak lain untuk mendapatkan kuota subsidi, itu baru isu yang wajar disiasat.
Menurutnya, jika berlaku penyalahgunaan subsidi kerajaan, siasatan boleh dibuat mengikut peraturan JPN dan akta berkaitan, selain akta KPDN.
SUMBER HARIAN METRO
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF5583
SELANGOR
BSR5043
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6749
PERAK
APJ7270
PAHANG
CFH1260
KEDAH
KGG9516
NEGERI SEMBILAN
NEK8713
KOTA KINABALU
SJS9746
KUCHING
QAB1758P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat