- Berita
- Berita Auto
- Jangan Takut Kalau Nampak Polis di Stesen Minyak! Ini Sebab Sebenarnya Mereka Ada Di Sana
Jangan Takut Kalau Nampak Polis di Stesen Minyak! Ini Sebab Sebenarnya Mereka Ada Di Sana

Gambar hiasan.
Tiada lagi ruang untuk penyeludup! Kerajaan memperketatkan kawalan di stesen minyak susulan peningkatan risiko ketirisan bahan api.
Mulai minggu hadapan, kehadiran anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula kelihatan di stesen-stesen minyak berhampiran sempadan dan kawasan berisiko tinggi di seluruh negara.
Langkah drastik ini merupakan kesinambungan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 April lalu bagi membendung aktiviti penyeludupan petrol dan diesel yang semakin membimbangkan.
Kenapa Polis Terlibat?
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, menjelaskan bahawa bantuan daripada pihak PDRM amat kritikal bagi memperkasakan pemantauan statik yang sebelum ini dikendalikan sepenuhnya oleh penguat kuasa KPDN.
Keputusan ini diambil susulan peningkatan risiko ketirisan bahan api global akibat konflik di Asia Barat yang memberi impak langsung kepada kestabilan harga dan bekalan tenaga negara.
"Bantuan PDRM diperlukan bagi mengambil kira kekangan jumlah jentera penguat kuasa KPDN, selain tuntutan keperluan pemantauan lebih terperinci ke atas bekalan dan harga barang keperluan harian di seluruh negara," ujar beliau ketika ditemui media selepas Program Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) hari ini.
Fasa Pemantauan & Lokasi Berisiko
Strategi ini dibahagikan kepada dua fasa utama bagi memastikan keberkesanan operasi:
Fasa 1 (20 Mac – 10 April 2026): Penempatan statik penguat kuasa KPDN telah berjaya dilaksanakan di 87 buah stesen minyak yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi di sempadan negara.
Fasa 2 (Bermula minggu depan): Operasi diperluas dengan tambahan 70 buah stesen minyak yang akan melibatkan kerjasama strategik antara KPDN dan anggota polis.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pemilik Kenderaan Pendaftaran Asing Dikenakan Tindakan Jika Beli RON95
Kerajaan akan menguatkuasakan larangan khusus terhadap pembelian petrol RON95 oleh kenderaan pendaftaran asing di stesen-stesen minyak.
29-01-2026
Isi Petrol Berulang, Rupanya..
Tindakan dua beradik wanita melakukan pengisian minyak petrol secara berulang akhirnya membawa padah.
17-01-2026
Mudahnya Kenderaan Asing Isi RON95, Hanya Guna "Wiretape" Tutup No Plat Tapi PDRM Dah "Jemput" Datang Balai
Sebuah kenderaan Singapura yang dikesan mengisi RON95 di Kulai Johor Bahru, rupa-rupanya hanya menggunakan :wiretape" untuk menutup nombor plat hanya semata-mata mahu mengisi RON95.
05-01-2026
Benarkan Kenderaan Asing RON95, Pengusaha Stesen Minyak Berdepan Denda RM1 Juta
Pengusaha stesen minyak diingatkan supaya tidak membenarkan kenderaan asing mengisi RON95.
04-01-2026
Imbas Kod QR, Sahkan Kewarganegaraan Sebelum Beli RON95 – KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang membangunkan satu sistem kawalan bagi menyelesaikan masalah ketirisan subsidi petrol RON95.
04-09-2025
Kerajaan Tangguh Label Penandaan Minyak Enjin Hingga Okt 2025
Atas beberapa kekangan teknikal, langkah itu ditangguh selama enam bulan lagi.
14-04-2025
JPJ Perhalusi Syarat Tambahan Pemeriksaan Kenderaan, Salah Satu Tayar
Pelabelan tayar akan menjadi salah satu syarat untuk mendapatkan kelulusan pemeriksaan kenderaan.
14-02-2025
Taktik Guna Logo Nelayan Tak Menjadi, Lori Tangki Haram Ditahan
Guna taktik menyamar sebagai kenderaan nelayan dengan menampal logo Persatuan Nelayan Kebangsaan dan logo subsidi nelayan.
11-02-2025
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat