ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300, sekali gus membuktikan bahawa kenderaan elektrik tidak semestinya "manja" dan terhad di jalan raya bandar sahaja.

Hadir dengan DNA Tough and Agile, Hilux BEV ini bukan sekadar gimik kelestarian, tetapi sebuah jentera kerja yang mengekalkan reputasi legendaris Quality, Durability, and Reliability (QDR) Toyota.

Rupa Paras 'Cyber Sumo' – Lebih Sasa, Lebih Aerodinamik

image.png

Rekaan luar Hilux BEV kali ini tampil berbeza dengan konsep ‘Cyber Sumo’. Bayangkan ketegapan seorang ahli gusti sumo, tetapi dalam versi digital yang canggih.

  • Wajah Baharu: Gril hadapan kini lebih tertutup (closed-off) untuk aerodinamik yang lebih baik.

  • Lampu LED Premium: Unit projektor High/Low Beam yang nipis bersama DRL yang sangat sharp.

  • Rim Eksklusif: Rim aloi 17-inci rekaan khas hanya untuk varian BEV.

  • Pilihan Warna: Ash, Platinum White Pearl (Premium), dan Super White 2 (Fleet/Basic).

Prestasi Elektrik: Senyap Tapi Berbisa!

Jangan terpedaya dengan ketiadaan bunyi enjin diesel. Hilux BEV ini menggunakan sistem Dual eAxle (depan & belakang) yang menghasilkan kuasa keseluruhan 144 kW (196 ps).

  • Tork Melimpah: Gabungan tork depan (206 Nm) dan belakang (267 Nm) memberikan 473 Nm secara keseluruhan—memang padu untuk pick-up segera!

  • Bateri & Jarak Gerak: Bateri Lithium-ion 59.2 kWh menawarkan jarak gerak sehingga 315 km (NEDC).

  • Pengecasan Pantas: Dengan pengecas pantas DC 150kW, cas dari 10% ke 80% hanya mengambil masa 30 minit sahaja! (Cas AC 10kW mengambil masa 6.5 jam).

Kekal 'King' Off-Road: Boleh Redah Air 700mm!

image.png

Ramai peminat Hilux risau jika versi elektrik takut air. Jawapannya: TIDAK. Toyota telah memastikan Hilux BEV mampu meredah air sedalam 700mm—sama seperti model diesel. Malah, ia dilengkapi dengan sistem Multi-Terrain Select (MTS) 5-mod, termasuk mod 'Mogul' (permukaan berbonjol) yang pertama kali diperkenalkan pada model BEV.

Ruang Kabin Moden & Pintar

Masuk ke dalam, anda akan rasa seperti memandu SUV mewah:

  • Skrin Gergasi: Skrin infotaimen 12.3-inci dengan Apple CarPlay/Android Auto.

  • Meter Digital: Panel instrumen 12.3-inci untuk pemandu.

  • Ciri Mewah: Kerusi kulit dengan pelarasan kuasa 10-arah (pemandu) dan aplikasi Toyota Remote untuk mula/henti enjin serta kunci pintu dari telefon pintar.

Keselamatan & Jaminan Tanpa Was-Was

Hilux BEV dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) generasi ketiga termasuk Dynamic Radar Cruise Control dan Panoramic View Monitor.

Untuk ketenangan minda pemilik:

  • Waranti Kenderaan: 5 tahun / 150,000 KM.

  • Waranti Bateri: 8 tahun (perbatuan tanpa had), dengan pilihan tambahan sehingga 10 tahun!

Kesimpulan: Adakah Hilux BEV ini bakal menjadi pilihan syarikat korporat untuk strategi ESG atau kegunaan gaya hidup bandar? Dengan kos penyelenggaraan yang jauh lebih rendah dan prestasi tork elektrik yang responsif, Hilux BEV nampaknya sedia untuk mengekalkan takhtanya di Malaysia.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL6097

SELANGOR

BSS9221

JOHOR

JC6216J

PULAU PINANG

PSE8104

PERAK

APK7510

PAHANG

CFH4829

KEDAH

KGH6147

NEGERI SEMBILAN

NEL4834

KOTA KINABALU

SJT5920

KUCHING

QAB4199P

Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
Global

02-02-2026
Global

23-01-2026
Global

22-11-2025
Berita Auto

05-11-2025
Global

21-10-2025
Global

14-10-2025
Global

11-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.