- Berita
- Berita Auto
- Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Berita baik buat pengguna setia Grab, Maxim, dan pelbagai aplikasi e-hailing!
Beban tambang perjalanan anda dijangka bakal berkurangan tidak lama lagi apabila Kementerian Pengangkutan (MOT) kini dalam proses memperincikan dasar perkongsian kenderaan atau 'carpool' secara sah.
Langkah ini dilihat sebagai strategi serampang dua mata: mengurangkan kos sara hidup rakyat sekaligus mengurangkan kesesakan jalan raya yang kian meruncing.
Kongsi Kereta, Kongsi Kos!
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan bahawa dasar ini akan bersifat lebih fleksibel dan anjal bagi membolehkan syarikat e-hailing menawarkan pilihan perkongsian perjalanan kepada penumpang yang menuju ke arah yang sama.
“Cara ini dapat meringankan beban atau mengurangkan kos perjalanan. Kita berharap ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat kerana proof of concept (pembuktian konsep) sudah ada, cuma perlu kita tingkatkan sahaja,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan MOT.
Kenapa Inisiatif Ini Menarik Untuk Anda?
Jika sebelum ini anda perlu membayar tambang penuh untuk satu kenderaan, dasar baharu ini bakal membolehkan:
Tambang Lebih Rendah: Kos perjalanan dibahagikan sesama penumpang.
Pilihan Lebih Luas: Memberi alternatif selain servis private sedia ada.
Kurangkan Jejak Karbon: Lebih ramai orang dalam satu kereta bermakna kurang asap kenderaan di udara!
Keselamatan Tetap No. 1
Walaupun peraturan bakal dilonggarkan untuk memberi ruang kepada inovasi ini, Anthony Loke menegaskan bahawa MOT tidak akan sesekali mengabaikan aspek keselamatan dan undang-undang. Pindaan peraturan dilakukan semata-mata untuk menjadikan sistem pengangkutan negara lebih cekap tanpa mempertaruhkan nyawa pengguna.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4340
SELANGOR
BSV2803
JOHOR
JH7397J
PULAU PINANG
PSH5312
PERAK
APN2014
PAHANG
CFJ4592
KEDAH
KGJ9043
NEGERI SEMBILAN
NEM6513
KOTA KINABALU
SJV2879
KUCHING
QAB643Q
Terakhir Kemas Kini 21 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge