Adakah T20 Akan Bayar Harga Pasaran Untuk RON95? Semuanya Sedang Diteliti

Ini mungkin satu berita yang pastinya membuatkan ramai pemilik kereta berkapasiti enjin berkuasa tinggi mula tidak senang duduk memandangkan kerajaan dikatakan sedang meneliti cadangan untuk menyemak semula pemberian subsidi petrol RON95, yang selama ini turut dinikmati oleh golongan kaya di Malaysia.
Langkah ini dilihat sebagai anjakan besar dalam sistem BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang sedang berjalan sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan mengenai perkara itu diteliti Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Hassan Marican sejak sebulan lalu.
"Jadi, mereka sedang menelitinya. Saya harap kita akan memuktamadkannya nanti," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India di Universiti Malaya (UM).
APA ITU T20?
T20 adalah kumpulan isi rumah tertinggi dan sekitar 20 peratus masyarakat Malaysia terdiri daripada golongan berkenaan.
Pendapatan isi rumah bagi golongan ini adalah lebih daripada RM10,971 sebulan. T20 turut dibahagikan kepada dua subkategori :
✅T1 (RM10,970 – RM15,039).
✅T2 (RM15,040 dan ke atas).
Status Semasa RON95 (BUDI95)
Setakat hari ini, sistem BUDI95 masih membenarkan semua rakyat Malaysia yang mempunyaj MyKad dan lesen aktif (berusia 16 tahun ke atas) untuk mengisi RON95 pada harga RM1.99 seliter.
Apa pendapat anda? Wajarkah T20 membayar harga pasaran untuk RON95? Komen di bawah!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ
Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.
24-09-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat