ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Tips

Analisis: Cukup Ke Kuota BUDI95 150 Liter Sebulan?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Your-paragraph-text---2026-05-12T172440.569.png

Isu subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI95 kini menjadi topik hangat dimedia sosial sejak petang tadi selepas akhbar tempatan melaporkan kuota penggunaan bahan api RON95 bulanan di bawah program BUDI95 berpotensi dikurangkan kepada 150 liter.

Susulan itu,  ada yang  mula bertanya-tanya, "Cukup ke 150 liter sebulan untuk aku?"

Sebelum perkara ini terjadi, penulis ada buat   eksperimen. Sebagai pemilik Perodua Viva (Manual), saya nak tengok sejauh mana RM50 boleh pergi. Keputusannya agak mengejutkan dan mungkin boleh jadi rujukan untuk anda.

Pengalaman Peribadi: Viva Manual & RM50

image.png

Untuk rekod, sekali isi saya isi minya RM50 (kira-kira 25 liter pada harga RM1.99). Berikut adalah rutin harian saya:

  • Hantar anak ke sekolah: 4km (pergi-balik).

  • Ke pejabat: 2 kali seminggu (46km pergi-balik)/ Hadiri majlis pelancaran kereta 2 kali seminggu (Dari Subang Jaya-KL).

  • Ketahanan: Minyak bertahan selama 11 hari.

  • Jarak perjalanan: 340km untuk satu tangki RM50 tersebut.


Kalau dikira secara kasar, dalam sebulan (30 hari), saya perlu mengisi minyak sebanyak 3 kali.

Jumlah Liter: 25L x 3 kali = 75 Liter sebulan.

Jadi, Adakah 150 Liter Itu Mencukupi?

Berdasarkan kira-kira di atas, jawapannya adalah: Lebih daripada cukup!

Bagi pemilik kereta kompak atau city car yang mempunyai rutin perjalanan yang pendek dan tetap, kuota 150 liter sebenarnya adalah satu angka yang agak mewah. Malah, saya masih mempunyai baki 75 liter lagi yang boleh digunakan untuk perjalanan hujung minggu atau kecemasan.

Namun, situasi mungkin berbeza bagi mereka yang:

  1. Menggunakan kereta berkapasiti enjin (CC) besar.

  2. Menghadap kesesakan trafik jam berjam-jam setiap hari.

  3. Bekerja sebagai pemandu e-hailing atau penghantar barangan.

Cara 'Audit' Penggunaan Minyak Anda Sendiri

image.png

Jangan sekadar mengagak. Anda boleh lakukan langkah mudah ini untuk tahu kedudukan sebenar bajet minyak anda:

  1. Reset Meter ke 0: Setiap kali selepas isi minyak penuh (atau amaun tetap seperti RM50), tetapkan trip meter anda ke sifar.

  2. Catat Tarikh: Tulis tarikh isi dan tarikh lampu amaran minyak menyala semula.

  3. Kumpul Resit: Simpan resit sepanjang bulan untuk melihat jumlah liter (bukan sekadar RM) yang telah dibayar.

  4. Kira Purata: Jika sebulan anda menggunakan 100 liter, bermakna kuota 150 liter BUDI95 itu memang "ngam" dan selamat untuk poket anda.

Kesimpulan

Bagi rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan jimat minyak untuk urusan harian yang asas, 150 liter adalah jumlah yang munasabah. Namun, bagi yang tinggal di bandar besar dengan jarak perjalanan melebihi 60km sehari, pengurusan perjalanan dan pemilihan kenderaan akan memainkan peranan penting.

Bagaimana pula dengan anda? Cuba set meter 0 hari ini dan lihat hasilnya hujung bulan nanti!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSA492

SELANGOR

BSV2209

JOHOR

JH6081J

PULAU PINANG

PSH4796

PERAK

APN1409

PAHANG

CFJ4398

KEDAH

KGJ8734

NEGERI SEMBILAN

NEM6314

KOTA KINABALU

SJV2494

KUCHING

QAB493Q

Terakhir Kemas Kini 19 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Tips

Betul Ke Kereta Elektrik Tak Boleh Dicas Sampai 100%?

Mitos atau Fakta: Jangan Cas EV Sampai 100%.

16-11-2026
Tips

Ini Sebab Anda Perlu Jauhkan Dompet Daripada Pad Pengecas Wayarles

Ramai Guna Wireless Charger, Tapi Tak Ramai Tahu Kenapa Dompet Perlu Dijauhkan.

16-11-2026
Tips

Tayar Kereta Botak Ketika Hujan, Ini Bahayanya

Masih guna tayar kereta botak ketika musim hujan? Ketahui 5 bahaya termasuk aquaplaning, jarak membrek lebih panjang dan risiko kemalangan..

13-11-2026
Tips

Khas Untuk Pemandu Yang Selalu ‘Skip’ Check Wiper

Musim Hujan Tiba, Jangan Abaikan Keadaan Wiper Kereta

13-11-2026
Tips

Batang Gear Tradisional vs Tombol Moden: Mana Satu Pilihan Hati Anda?

Gear Tombol vs Batang Gear: Pemandu Malaysia Pilih Mana?

12-11-2026
Tips

Cara Jual Kereta Terpakai di Malaysia (2027): Bandingkan 4 Cara Ini

Menjual Kereta Terpakai di Malaysia pada 2027? Bandingkan Tukar Beli, Jualan Persendirian, Syarikat Pembeli Kereta dan Konsainan, serta Pertukaran Hak Milik JPJ & Pemeriksaan.

05-11-2026
Tips

Musim Hujan, Jangan Main Redah, Ini Cara Semak Jalan Banjir & Tutup

Pengajaran Banjir NKVE & Shah Alam: 5 Sumber Rasmi Wajib Semak Masa Hujan Lebat.

04-11-2026
Tips

Analisis: RON95 Campur Air?Simpan Resit Minyak Anda Mulai Sekarang

Ancaman Petrol RON95 Bercampur Air: Kenapa Sekeping Resit Kecil Boleh Selamatkan Anda.

03-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.