ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC

Suhana Veru

Kongsi melalui

Selamat-Driving-Experience.png

Kita sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan hanya untuk memilih kod warna kereta yang paling stail atau membandingkan kecanggihan skrin infotainmen. Namun, jujurlahberapa ramai antara kita yang benar-benar menitikberatkan aspek keselamatan sebelum segalanya terlambat?

Mungkin tidak ramai!

Untuk itu, Volvo Car Malaysia kini bertekad mengubah persepsi "sambil lewa" ini menerusi Selamat Driving Experience yang bakal menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 16 hingga 17 Mei 2026.

Bukan Sekadar Statistik, Ini Tentang Nyawa

Tahukah anda? Pada tahun 2024 sahaja, sebanyak 4,428 nyawa terkorban di jalan raya kita. Paling menyedihkan, lebih separuh daripadanya (2,574 orang) adalah anak muda berusia 15 hingga 40 tahun.

Walaupun angka ini sangat membimbangkan, ia masih belum cukup untuk menggambarkan penderitaan keluarga yang kehilangan insan tersayang, masa depan yang terpadam, serta trauma emosi yang terpaksa ditanggung oleh mangsa yang terselamat.

Pengarah Jualan & Pemasaran Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw berkata, kebanyakan daripada kita  sering mengambil mudah soal keselamatan, malah bersikap acuh tidak acuh hanya kerana musibah tersebut belum menimpa diri sendiri. Namun, di sebalik setiap angka statistik itu adalah seorang insan yang tidak lagi dapat pulang ke pangkuan keluarga.


"Jadi, Selamat Driving Experience direka untuk menterjemahkan angka statistik ini kepada suatu bentuk kesedaran yang mendalam. Melalui simulasi pemanduan yang imersif, kami mahu mencetuskan kesedaran para peserta agar mereka menilai semula tabiat di jalan raya serta memahami kesan buruk yang timbul akibat sikap sambil lewa," katanya.


Kempen Selamat bukan sekadar tentang beg udara atau tali pinggang keledar. Ia adalah satu budaya. Ia adalah tentang apa yang berlaku apabila sesuatu yang luar jangkaan muncul di depan mata anda dalam sekelip mata.

Alami Sendiri 'Detik Cemas' Di Litar Sepang

Lupakan kesesakan trafik yang membosankan. Volvo menjemput anda ke Driving Experience Centre, SIC untuk merasai sendiri pengalaman pemanduan imersif:

  • Simulasi Situasi Kritikal: Berhadapan dengan detik cemas dalam persekitaran terkawal di bawah seliaan pelatih profesional.

  • Teknologi AI Masa Depan: Uji Safe Space Technology terbaharu yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk meramal dan mencegah kemalangan sebelum ia berlaku.

  • Terbuka Kepada Semua: Tidak kira apa jenama kereta yang anda pandu sekarang, Volvo mahu anda tahu cara untuk pulang dengan selamat.

Slot Sangat Terhad! Ini Cara Untuk Sertai:

Jangan tunggu sehingga musibah menimpa baru hendak belajar. Penyertaan adalah terhad kepada 192 peserta sahaja (siapa cepat, dia dapat!).

Kategori PesertaYuran Pendaftaran
Bukan Pemilik VolvoRM300
Pemilik VolvoRM150
Tetamu (Bukan Pemandu)RM100

Syarat Penting:

  • Pendaftaran: Melalui volvocarmalaysia.com/selamat-driving-experience.

  • Pemilik Volvo: Perlu menggunakan nombor VIN yang didaftarkan (sekali sahaja).

  • Had Umur: Atas faktor keselamatan, individu di bawah 18 tahun tidak dibenarkan menyertai.

Ubah Cara Anda Memandu Selamanya

Adakah RM300 lebih berharga daripada ilmu yang boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga? Jadikan keselamatan sebagai gaya hidup, bukan sekadar spesifikasi di atas kertas.

Untuk maklumat lanjut, layari volvocarmalaysia.com/selamat-driving-experience


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC6526

SELANGOR

BSQ8454

JOHOR

JYY7485

PULAU PINANG

PSD1321

PERAK

APJ2503

PAHANG

CFG7912

KEDAH

KGG5216

NEGERI SEMBILAN

NEK6635

KOTA KINABALU

SJS4331

KUCHING

QAB119P

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-04-2026
Pandu Uji

14-02-2026
Berita Auto
Berita Auto

08-09-2025
Berita Auto

20-08-2025
Berita Auto
Berita Auto

30-06-2025
Berita Auto

17-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.