Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari

Pertembungan tiga cuti iaitu Hari Raya Aidiladha, cuti sekolah, dan cuti hujung minggu yang panjang menyebabkan lebuh raya utama negara diserbu jutaan warga kota.
Bagi anda yang merancang untuk menggunakan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), bersedia dari segi fizikal dan mental kerana WCE menjangkakan lebih 150,000 kenderaan sehari akan membanjiri laluan tersebut pada haripuncak!
Demi memastikan perjalanan anda tidak bertukar menjadi "drama air mata" akibat tersangkut dalam kesesakan, pihak WCE telah menyusun strategi mantap. Ini apa yang anda perlu tahu:
'Zero Construction' & Bantuan 24 Jam
Tiada Penutupan Lorong: WCE telah menghentikan semua kerja pembinaan dan penyelenggaraan sepanjang musim perayaan ini. Tiada lagi istilah 'jalan 'cone' oren' yang menyemak, kecuali jika ada kecemasan luar jangka.
Back-up Power: Trak tunda sedia diletakkan di lokasi strategik. Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) dan peronda WCE juga akan bertugas 24 jam tanpa henti untuk 'rescue' korang jika berlaku sebarang insiden.
Balik Kampung Gaya 'High-Tech' dengan AI
Jangan biarkan pemanduan menjadi lesu dan hambar. Untuk itu, WCE menyarankan pengguna memuat turun versi terkini aplikasi mudah alih WCE (boleh didownload percuma di Google Play Store & Apple App Store).
Apa yang best dengan app ni? Ia dilengkapi bantuan Kecerdasan Buatan (AI), navigasi laluan pantas, maklumat trafik real-time, serta lokasi stesen EV, tempat berteduh motor, dan telefon kecemasan.
Bukan itu sahaja, nak lalu tol pun dah makin mudah. Semua plaza tol WCE menyokong penuh sistem PayDirect Touch n’ Go. Tolak terus dari e-wallet, tak perlu lagi risau nak cari pondok tambah nilai manual.
Nak Rehat & Makan? Ini Lokasinya
WCE turut menyediakan 6 Hentian Rehat & Rawat (R&R) yang lengkap dengan surau, tandas, dan parkir. Kalau perut dah mula berbunyi, korang boleh singgah rehat dan makan di:
R&R Sungai Nyior (Arah Utara & Selatan)
R&R Bukit Kapar (Arah Utara) (Nota: Hentian Sebelah dengan kemudahan asas juga ada di setiap plaza tol).
Rancang Awal, Pandu Selamat – Pesanan Bos WCE
Pengarah Urusan Lebuhraya WCE, Lyndon Alfred Felix, menasihatkan orang ramai agar tidak gopoh di jalan raya.
"Dalam tempoh pergerakan trafik yang tinggi ini, kami menasihatkan semua pengguna agar merancang perjalanan lebih awal dan mengutamakan aspek keselamatan pada setiap masa. Dengan sokongan kemudahan digital dan kesiapsiagaan operasi, WCE komited untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan efisien," katanya dalam satu kenyataan.
Checklist Wajib Sebelum Tekan Pedal Minyak:
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan tick semua kotak ini:
Kenderaan Mantap: Check tayar, minyak hitam, dan air wiper.
Sabar & Jaga Jarak: Patuhi had laju, jangan 'mencucuk' kenderaan depan.
Keselamatan Anak Isteri: Pastikan tali pinggang dipasang dan anak kecil duduk di kerusi keselamatan (CRS).
Baki E-Wallet Kena Tebal: Pastikan baki Touch 'n Go atau e-wallet cukup untuk PayDirect bagi mengelakkan sangkut di palang tol.
Kawal "Micro-sleep": Jangan paksa diri kalau mengantuk. Singgah R&R terdekat untuk 'pejam' kejap 15 minit.
Pandu cermat, jiwa selamat. Selamat bercuti semua!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


