- Berita
- Berita Auto
- Mercedes-Benz Malaysia Perkukuh Pasaran Pantai Timur, Rasmi Autohaus Terbesar di Kuantan
Mercedes-Benz Malaysia Perkukuh Pasaran Pantai Timur, Rasmi Autohaus Terbesar di Kuantan

Mercedes-Benz Malaysia dan rakan pengedarnya, Asbenz Stern Sdn. Bhd. merasmikan Autohaus baharu di Kuantan, sekali gus memperkukuh lagi kehadiran jenama tersebut di wilayah Pantai Timur.
Terletak secara strategik di Indera Mahkota, Kuantan fasiliti ini direka untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih lancar dan premium. Ia juga berdiri sebagai Autohaus Mercedes-Benz terbesar di Pantai Timur.
Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden Mercedes-Benz Cars Malaysia & Ketua Wilayah, Mercedes-Benz Cars Asia Tenggara, Martin Schulz berkata, pembukaan Autohaus Asbenz Stern Kuantan yang baharu ini mencerminkan komitmen bersama untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan Mercedes-Benz di wilayah Pantai Timur.
"Selain meraikan 140 tahun inovasi di Mercedes-Benz, kami kekal fokus bukan sahaja pada memajukan kecemerlangan automotif, tetapi juga dalam mencipta pengalaman yang lancar dan diperibadikan di setiap sudut," katanya.
Ciri Autohaus Baharu
Autohaus baharu ini mencerminkan identiti jenama runcit terbaharu Mercedes-Benz, yang memfokuskan kepada penyampaian pengalaman pelanggan yang lancar, berdigital, dan intuitif.
Keluasan Fasiliti: Meliputi 26,565 kaki persegi ruang pameran dan ruang pelanggan di dalam keseluruhan kawasan binaan seluas 65,340 kaki persegi. Fasiliti ini menampilkan integrasi moden bagi interaksi pelanggan yang menyeluruh, daripada jualan sehinggalah kepada khidmat purnajual (aftersales).
Ruang Pameran: Pelanggan boleh melihat sehingga enam buah kenderaan yang dipamerkan, mempamerkan rangkaian portfolio Mercedes-Benz yang lebih luas.
Kemudahan Pelanggan: Melengkapi ruang ini adalah sudut pelanggan yang disediakan dengan teliti seperti Star Lounge dan akses ke Mercedes-Benz Lifestyle Collection, sekali gus mencipta suasana yang mesra dan menarik di setiap kunjungan.


Sokongan Mobiliti Elektrik
Menandakan pencapaian pertama bagi Asbenz Stern, Autohaus Kuantan kini menyertakan perkhidmatan ketukan dan cat bersepadu, yang mengukuhkan lagi tawaran purnajual mereka di Pantai Timur.
Ruang Kerja (Work Bays): Dilengkapi dengan sehingga 16 ruang kerja yang serba lengkap, fasiliti ini menyokong segala-galanya daripada penyelenggaraan berjadual sehinggalah kepada kerja-kerja pembaikan yang lebih besar. Semua ini dikendalikan oleh juruteknik terlatih dan diperakui oleh Mercedes-Benz bagi memastikan kualiti dan jagaan yang konsisten.
Pengecasan EV: Bagi menyokong peralihan yang semakin meningkat ke arah mobiliti elektrik, Autohaus ini juga dilengkapi dengan infrastruktur pengecasan pantas DC di lokasi sehingga 120 kW, yang mampu mengecas dua kenderaan secara serentak. Ini memberikan kemudahan dan kebolehaksesan yang lebih besar kepada pemilik model elektrik sepenuhnya (EV) dan hibrid plug-in (PHEV).
Sehingga kini, Asbenz Stern telah melabur sejumlah RM35 juta di seluruh rangkaiannya, termasuk pelaburan terbaharu sebanyak RM23 juta untuk Autohaus Asbenz Stern Kuantan. Dengan tiga Autohaus yang kini beroperasi di Kedah, Pahang, dan Terengganu, Asbenz Stern kekal komited untuk memberikan pengalaman pelanggan luar biasa yang sinonim dengan setiap fasiliti yang membawa lambang bintang berbucu tiga Mercedes-Benz.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP2542
SELANGOR
BST5120
JOHOR
JD7504J
PULAU PINANG
PSF3890
PERAK
APL3167
PAHANG
CFH6527
KEDAH
KGH9326
NEGERI SEMBILAN
NEL7363
KOTA KINABALU
SJT9438
KUCHING
QAB5303P
Terakhir Kemas Kini 08 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.
10-09-2025
Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).
10-09-2025
Cycle & Carriage Rasmi Pembukaan Pusat 2S Sungai Pinang
Cycle & Carriage baru-baru ini melancarkan autohaus ke-12 di Malaysia, Cycle & Carriage Sungai Pinang.
02-07-2024
Mercedes EQE 500 4Matic SUV Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM484K, Jarak EV 552KM!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes EQE 500 4Matic SUV. Ini spesifikasinya...
06-12-2023
Mercedes-Benz Malaysia Baharu Terletak Di Seremban
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd dan Minsoon Star Sdn Bhd merasmikan pembukaan Mercedes-Benz Autohaus baharu di Seremban, Negeri Sembilan.
07-10-2022
Mercedes-Benz Malaysia Dan Hap Seng Star Rasmi Pembukaan Autohaus Di Setia Alam
Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star baru sahaja melancarkan Mercedes-Benz Autohaus di Setia Alam
22-06-2022
Mercedes-Benz Malaysia Adakan Anugerah Pengedar Tahunan Terbaik Yang Ke-5
Mercedes-Benz Malaysia telah mengadakan anugerah Pengedar Tahunan Terbaik, dan ini pemenang-pemenangnya...
06-04-2022
Mercedes-Benz Financial mengumumkan pelan pembiayaan Step Up Agility
Berita baik kepada individu yang sedang mencari kenderaan elektrik (EV) pertama mereka pada tahun ini.
24-03-2022
Berita Terkini
Cabutan Bertuah Menang RXZ - Dr Akmal Benarkan Makcik Simpan Motor
RXZ Tular: Dr Akmal Mengalah, Hadiah Tetap Milik Makcik 54 Tahun.
08-09-2026
Cukai Jalan RM12k Mati, Lamborghini RM1 Juta Antara Disita JPJ
Ops Luxury JPJ: Lamborghini RM1 Juta Disita Cukai Jalan Mati.
08-09-2026
Berapa Harga TQ Wuling Bingo?
Sempena Hari Malaysia, varian Pro kini bermula RM56,800 manakala varian Max berharga RM63,800.
08-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
PROTON Sumbang Dron RM200k Bantu Bencana Banjir Nepal
PROTON Salur Dron RM200k Untuk Bantuan Kemanusiaan Nepal.
07-09-2026
Isu Tambang ECRL: Ini Penjelasan MRL
MRL menafikan maklumat kadar tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tular di media sosial baru-baru ini.
07-09-2026
Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah
JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.
04-09-2026
2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta
Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.
04-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
