Nak Marketing Letup Akhirnya Masuk Lokap

Niat di hati mahu buat pemasaran gempak sempena ulang tahun keenam kedai pakaian, namun padah pula yang menimpa. Akibat kemaruk content media sosial, pemilik kedai bersama 14 individu lain kini terpaksa 'merayakan' sambutan tersebut di dalam lokap.
Taktik pemasaran berbahaya yang menyaksikan sekumpulan individu membakar suar di atas pacuan empat roda di tengah-tengah kesibukan Bukit Bintang akhirnya memakan diri apabila pihak polis bertindak sepantas kilat.
Kantoi Dalam Tempoh 24 Jam!
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mendedahkan bahawa susulan video tular berdurasi 6 hingga 10 minit itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi telah melancarkan operasi khas.
Tempoh Tangkapan: Kurang dari 24 jam selepas video tular.
Zon Tangkapan: Siri serbuan dilakukan dari jam 12.30 tengah hari hingga 10 malam di rumah suspek sekitar Batu Caves, Kajang, Shah Alam, dan Dengkil.
Jumlah Ditahan: 15 individu (14 lelaki, 1 wanita) berusia antara 17 hingga 30 tahun.
Diupah Serendah RM50 Demi Aksi Bahaya

Siasatan mendapati pemilik kedai pakaian yang baru berusia 24 tahun itu telah menyewa sebuah pacuan empat roda Ford Raptor dan mengupah 'pelakon tambahan' untuk menjayakan sesi penggambaran ekstrem tersebut.
"Individu yang diupah menerima bayaran serendah RM50 hingga RM700 untuk melakukan aksi terbabit," jelas ACP Sazalee Adam dalam sidang media.
Sementara itu, satu-satunya wanita yang ditahan (berusia 24 tahun) merupakan pekerja kedai yang bertindak sebagai koordinator atau pengarah di lokasi kejadian.
Kenderaan 'Haram' Atas Jalan Raya Turut Dirampas
Bukan sahaja isu bakar suar, polis turut menyita kenderaan yang digunakan dalam gimik murah tersebut:
Motosikal Scrambler: Hasil semakan mendapati motosikal jenis scrambler yang dirampas adalah keluaran luar negara, tidak boleh didaftar untuk kegunaan jalan raya, dan hanya untuk aktiviti off-road. Pemiliknya bakal berdepan tindakan saman.
Ford Raptor: Kereta mewah tersebut disewa oleh pemilik kedai daripada salah seorang suspek yang ditahan.
Depan Hukuman Berat: Penjara 7 Tahun Menanti
Walaupun ujian saringan air kencing kesemua suspek didapati negatif dadah, mereka kini direman selama tiga hari dan bakal berdepan 'gugusan' akta berat.
Kes disiasat di bawah:
Seksyen 290 & Seksyen 279 Kanun Keseksaan (Gangguan awam & memandu secara berbahaya)
Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957
Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987
Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda RM10,000. Pihak polis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada netizen dan orang awam yang pantas menyalurkan maklumat sehingga kesemua suspek berjaya diberkas.
Pengajarannya? Nak buat marketing biarlah kreatif, jangan sampai menyusahkan pengguna jalan raya lain dan diri sendiri!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS7644
SELANGOR
BSU2342
JOHOR
JF2759J
PULAU PINANG
PSG1461
PERAK
APL9202
PAHANG
CFH9258
KEDAH
KGJ3510
NEGERI SEMBILAN
NEM1845
KOTA KINABALU
SJU4283
KUCHING
QAB7095P
Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge