PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Gelombang kenderaan elektrik (EV) di Malaysia kini diterajui oleh satu nama: Proton e.MAS.
Bayangkan, dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2026, jenama di bawah PRO-NET (cabang kenderaan tenaga baharu PROTON) ini mencatatkan lonjakan jualan yang amat luar biasa, iaitu sebanyak 329.5%! Sebanyak 11,617 unit kenderaan telah berjaya diserahkan kepada pemilik baharu di seluruh negara.
Angka satistik ini bukan sekadar nombor, tetapi bukti jelas bahawa rakyat Malaysia kini semakin yakin untuk beralih ke arah mobiliti hijau dan elektrik.
Rangkaian NEV Paling Meluas di Malaysia
Bagi menyokong permintaan yang mencanak ini, PRO-NET bertindak agresif dengan meluaskan empayar fizikalnya. Setakat ini, Proton e.MAS sudah memiliki 53 outlet jualan di seluruh negara, menjadikannya salah satu rangkaian pengedar NEV (Kenderaan Tenaga Baharu) yang paling meluas di Malaysia.
Ekosistem gergasi ini turut disokong oleh kira-kira 1,600 tenaga kerja profesional dalam bidang jualan, servis, dan pentadbiran demi memastikan kebajikan pemilik EV terjaga untuk jangka masa panjang.
Wajah Baharu 'Premium' & Dua Outlet Strategik
Bukan sekadar menjual kereta, Proton e.MAS kini berevolusi menjadi sebuah jenama gaya hidup premium melalui pengenalan Identiti Korporat (CI) terbaharu. Bilik pameran selepas ini akan tampil dengan konsep yang lebih moden, elemen digital canggih, dan material premium demi memberikan pengalaman pembelian yang sangat lancar (seamless).
Bulan ini, dua outlet ikonik yang menampilkan konsep premium ini telah dibuka secara rasmi:
Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur – Terletak strategik di tengah ibu kota, bersebelahan bilik pameran ICE sedia ada.
Pavilion Bukit Jalil – Outlet berkonsepkan pusat beli-belah yang membawa Proton e.MAS lebih dekat dengan komuniti bandar dan pembeli berorientasikan gaya hidup moden.
“Pertumbuhan pesat Proton e.MAS di Malaysia bukan sahaja didorong oleh kekuatan rangkaian produk kami, tetapi juga keyakinan pelanggan terhadap ekosistem jualan dan selepas jualan yang kami sediakan.
“Dengan membangunkan struktur sokongan yang kukuh seiring setiap pelancaran model baharu, kami dapat memberikan lebih keyakinan kepada pelanggan terhadap pengalaman pemilikan jangka panjang sambil mengukuhkan kesetiaan serta sokongan terhadap jenama. — Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET., Zhang Qiang,
Kenapa Proton e.MAS Kini Menjadi Pilihan?
| Aspek Utama | Kelebihan Baharu Proton e.MAS |
| Prestasi Jualan 2026 | Meningkat 329.5% (11,617 unit dalam masa 4 bulan). |
| Identiti Baharu (CI) | Konsep bilik pameran premium, moden, dan berteknologi tinggi. |
| Akses Pengguna | 53 outlet di seluruh negara, termasuk di Pavilion Bukit Jalil. |
| Sokongan Padu | Jaminan selepas jualan, kemudahan pengecasan, dan 1,600 tenaga kerja bersedia membantu. |
Langkah agresif PRO-NET ini hadir pada waktu yang sangat tepat. Ketika pengguna Malaysia mula meletakkan aspek kemudahan pengecasan, jaminan selepas jualan, dan pengalaman pelanggan sebagai syarat utama membeli EV, Proton e.MAS sudah pun bersedia di garisan hadapan untuk memimpin pasaran NEV negara.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6230
SELANGOR
BSU3687
JOHOR
JF5842J
PULAU PINANG
PSG3654
PERAK
APM1847
PAHANG
CFJ509
KEDAH
KGJ4374
NEGERI SEMBILAN
NEM2549
KOTA KINABALU
SJU5166
KUCHING
QAB7445P
Terakhir Kemas Kini 12 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
.jpg)
.jpg)

