Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini

Ada berita baik untuk penunggang motosikal yang hari-hari menghadap Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur.
Ini kerana laluan motosikal akan 'ditransformasikan' demi memastikan perjalanan anda pergi dan balik kerja lebih selamat, selesa, dan lancar!
Sebagai makluman, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta khas untuk projek naik taraf ini. Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, projek di bawah seliaan JKR Selangor ini sudah pun mencapai kemajuan 43 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos nanti.


Tahukah Anda? Projek mega ini bakal memberi manfaat besar kepada lebih 34,000 penunggang motosikal yang menggunakan laluan ini setiap hari.
Apa Yang Berubah? Ini Skop Naik Taraf Laluan
Bukan setakat turap jalan biasa-biasa, projek sepanjang 48 kilometer (dua hala) yang merangkumi daerah Klang (7km) dan Petaling (41km) ini melibatkan pelbagai naik taraf menyeluruh:
Jalan & Terowong Lebih Cun: Kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan di lokasi terpilih serta pembaikan kawasan terowong.
Sistem Saliran Baharu: Naik taraf sistem saliran dan longkang supaya tiada lagi isu air bertakung bila hujan lebat.
Lebih Cerah & Selamat: Pemasangan lampu jalan jenis Integrated Solar LED (ISLED) untuk pencahayaan yang lebih padu pada waktu malam, penggantian penghadang jalan, serta pembaikan railing jambatan.
Papan Tanda Jelas: Penambahan papan tanda amaran dan destinasi supaya korang tak tersalah simpang.
Laluan Lebih Luas: Kerja mencantas dan menebang pokok-pokok yang menghalang pandangan atau mengganggu laluan.

Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL8015
SELANGOR
BSS9814
JOHOR
JC7067J
PULAU PINANG
PSE8513
PERAK
APK7857
PAHANG
CFH4930
KEDAH
KGH6349
NEGERI SEMBILAN
NEL4984
KOTA KINABALU
SJT6099
KUCHING
QAB4256P
Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya
3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.
24-06-2026
Berita Terkini
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
PGA Terima 375 E-Bike JEBATT F29 Kawal Sempadan
Zaman Motor Polis 'Vroom-Vroom' Dah Lepas, Tak Sempat Dengar Tahu-Tahu Dah Kena Kepung! PDRM Kini Guna Jebatt F29.
20-08-2026
Padah Bayar Parkir Tapi Tak Selamat: Dua Tayar Kereta Ghaib Di Parkir LRT Bukit Tinggi
Sia-sia bayar parking.
19-08-2026
KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan
Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.
19-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
