RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

Bagi peminat SUV tegar di Malaysia, nama TANK 300 bukanlah asing lagi. Selepas mencetuskan fenomena dengan reka bentuk 'kotak' yang sasa dan jualan melebihi 1,000 unit sejak 2024, GWM Malaysia kini melangkah setapak lagi.
Hari ini, mereka rasmi melancarkan GWM TANK 300 HEV , sebuah jentera yang menggabungkan 'otot' off-road sejati dengan 'otak' teknologi hibrid yang menjimatkan.
Jentera Off-Road Sejati!
.jpg)
Dalam lambakan SUV moden hari ini yang sekadar 'acah-acah lasak', TANK 300 HEV tampil berbeza. Ia bukan SUV bandar yang disolek, tetapi dibina di atas casis ladder frame sebenar.
Menggunakan 99% keluli berkekuatan ultra-tinggi (1,500 MPa), struktur kenderaan ini direka untuk bertahan dalam rintangan kilasan yang ekstrem. Ringkasnya, bawa lah ia redah hutan, batu, atau lumpur, badannya tetap teggap dan stabil.
Kuasa Padu
Jangan keliru, perkataan 'Hibrid' pada model ini bukan bermakna ia kurang berkuasa. Malah, gabungan ini menghasilkan prestasi yang menakutkan:
Enjin 2.0L Turbo: 245 PS & 380 Nm
Motor Elektrik: 106 PS & 268 Nm
Kuasa Keseluruhan: 346 PS (255 kW) & 648 Nm Tork!
Dengan tork sebesar ini, pemanduan di bandar menjadi lebih senyap dan responsif (terima kasih kepada tork segera motor elektrik), manakala perjalanan jarak jauh menjadi jauh lebih menjimatkan.
Sarat dengan Teknologi
Walaupun kini lebih mesra alam, DNA TANK tidak pernah luntur. Pengembaraan off-road anda akan dibantu oleh sistem mekanikal dan pintar yang canggih:
Sistem Pacuan 4 Roda On-Demand bersama gear rendah 4L.
7 Mod Pemanduan: Normal, Eco, Sport, Snow, Mud, Sand, dan 4L.
Tank Turn Assist: Memudahkan pusingan tajam di ruang sempit.
Crawl Control (CCO): Membantu kenderaan bergerak stabil secara automatik di permukaan ekstrem.
Kabin Mewah Kelas Premium
Melangkah ke dalam kabin, anda mungkin lupa yang anda sedang berada di dalam sebuah jentera off-road. Suasana lasak di luar bertukar kepada kemewahan di dalam dengan:
Tempat duduk balutan Kulit Nappa yang empuk.
Sistem audio mewah Infinity dengan 9 pembesar suara.
Sistem infotaimen moden serta ciri eksklusif HEV seperti Kawalan Aplikasi Pintar (pantau kereta dari jauh) dan Bantuan Parkir Automatik.
Sistem keselamatan juga gred premium dengan penawaran ADAS Tahap 2 yang lengkap, termasuk kamera 360° dan fungsi brek kecemasan automatik.
Harga, Varian & Pakej Jaminan "Tanpa Risiko"
GWM TANK 300 HEV ditawarkan pada harga RM259,800 (Atas jalan tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia). Istimewa untuk pelancaran, GWM menawarkan pakej pemilikan yang sangat berbaloi:
| Perkara | Pakej & Manfaat |
| Pilihan Warna | Crystal Black, Pearl White, & Sand Beige (Eksklusif HEV) |
| Rebat Kesetiaan | RM3,000 buat pemilik sedia ada GWM |
| Penyelenggaraan | 5 tahun percuma (termasuk alat ganti dan upah) |
| Jaminan Enjin & Transmisi | Seumur Hidup (untuk pemilik persendirian pertama) |
| Jaminan Bateri Kuasa | 8 tahun / 180,000 km |
| Jaminan Kenderaan & HEV | 6 tahun tanpa had perbatuan |
Bagi yang berminat, GWM TANK 300 HEV kini sudah berada di pengedar terpilih GWM di seluruh negara. Maklumat lanjut boleh didapati di www.gwm.com.my .
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY3260
SELANGOR
BSQ1729
JOHOR
JYW7972
PULAU PINANG
PSC3568
PERAK
APH5071
PAHANG
CFG5347
KEDAH
KGG319
NEGERI SEMBILAN
NEK4285
KOTA KINABALU
SJR9813
KUCHING
QAB7754N
Terakhir Kemas Kini 21 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif
Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.
27-04-2026
GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia
WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!
22-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki
SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.
31-03-2026
GWM Haval H6 HEV
Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.
13-03-2026
"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!
GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.
07-03-2026
Dalam Seminggu, 800 Unit Wey G9 Hi4 Sudah Ditempah
Tempahan WEY G9 Hi4 PHEV yang baharu sahaja dilancarkan telah mencecah lebih 800 buah dalam tempoh seminggu.
11-02-2026
Berita Terkini
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat