ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sering Guna Lebuhraya WCE? Ini Aplikasi Wajib Ada Untuk Elak Jem & Kira Kadar Tol

Suhana Veru

Kongsi melalui

PHOTO-1-(4).png

Bagi anda yang sering menggunakan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), ada berita baik! WCE baru sahaja melancarkan versi baharu aplikasi mudah alih WCE App yang dipertingkatkan dengan pelbagai ciri digital pintar untuk memastikan perjalanan anda lebih lancar, selamat, dan efisien.

Sehingga kini, aplikasi ini telah mencatat hampir 20,000 muat turun. Versi naik taraf ini bukan sahaja menyediakan maklumat trafik masa nyata, malah bertindak sebagai peneman perjalanan digital yang sangat praktikal.

PHOTO-2.pngPHOTO-3-(2).png

7 Ciri Baharu WCE App Yang Wajib Anda Cuba

Untuk versi dipertingkatkan ini, WCE telah menyuntik beberapa fungsi premium yang sangat memudahkan pemandu:

  • Paparan CCTV Trafik Secara Langsung: Anda kini boleh intip keadaan trafik semasa di sepanjang laluan WCE sebelum memulakan perjalanan. Tak perlu lagi tersangkut dalam kesesakan tanpa bersedia.

  • Ciri “Traffic Update”: Terima amaran insiden, kemalangan, atau penutupan jalan secara terus (real-time notifications).

  • “WCE Assistant” Berasaskan AI: Ada soalan tentang lebuhraya? Tanya sahaja pembantu pintar kecerdasan buatan (AI) ini untuk respon yang pantas.

  • Kalkulator Kadar Tol: Rancang bajet perjalanan anda. Ciri ini membantu mengira kadar tol mengikut plaza masuk, keluar, dan kelas kenderaan anda.

  • Navigasi Penuh Kemudahan (Termasuk Charger EV): Mencari stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), kawasan Rehat & Rawat (R&R), plaza tol, atau telefon kecemasan? Semuanya dipaparkan dengan jelas.

  • “Route Assistant”: Membantu anda mendapatkan laluan terbaik menggunakan jajaran WCE terus ke destinasi pilihan melalui aplikasi navigasi.

  • Fungsi Maklum Balas Pintar: Saluran bantuan pelanggan yang lebih responsif jika anda memerlukan bantuan.

    PHOTO-4.pngPHOTO-5.png

Bukan Sekadar Lebuhraya, Siap Boleh "Food Hunting"! Menariknya, versi baharu ini turut dilengkapi fungsi navigasi untuk meneroka lokasi tarikan pelancongan, mercu tanda bersejarah, hotel, dan tempat makan menarik di sepanjang jajaran WCE. Hanya dengan satu klik, aplikasi akan terus memandu anda ke lokasi singgahan tersebut.

PHOTO-8.png

Pengarah Urusan WCE, Lyndon Alfred Felix berkata, penambahbaikan aplikasi inimerupakan sebahagian daripada usaha berterusan WCE dalam memanfaatkan teknologi digital bagi meningkatkan pengalaman pengguna lebuh raya.

“Kami mahu memastikan pengguna WCE bukan sahaja menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selamat, tetapi juga mempunyai akses kepada maklumat yang tepat dan mudah pada setiap masa,” katanya.

Orang ramai digalakkan untuk memuat turun atau mengemas kini aplikasi WCE melalui Google Play Store dan Apple App Store.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT4090

SELANGOR

BSU3327

JOHOR

JF4792J

PULAU PINANG

PSG2933

PERAK

APM1304

PAHANG

CFH9748

KEDAH

KGJ4110

NEGERI SEMBILAN

NEM2359

KOTA KINABALU

SJU4874

KUCHING

QAB7358P

Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan

Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut

08-10-2026
Berita Auto

Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?

ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!

08-10-2026
Berita Auto

Pelancong Asing Ke Thailand Bakal Dikenakan Caj RM54

THAILAND mencadangkan bayaran 450 Baht (kira-kira RM54.56) bagi pelancong asing yang memasuki negara itu melalui udara.

08-10-2026
Berita Auto

Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1

Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.

07-10-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?

Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.

07-10-2026
Berita Auto

Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar

10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.

07-10-2026
Berita Auto

Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas

Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.

06-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Tiket ECRL?

Kabinet Masih Belum Memutuskan Harga Tiket ECRL.

06-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.