Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Di sebalik isu kos sara hidup dan ketidaktentuan harga bahan api global hangat diperkatakan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan satu rahsia mudah untuk pemilik kereta persendirian menjimatkan wang poket mereka: Amalkan pemanduan eko (eco-driving)!
Difahamkan, teknik pemanduan yang betul ini mampu memberikan penjimatan kos bahan api sehingga RM204 sebulan.
RM204 Sebulan? Bagaimana Kiraannya?
Ketua Pengarah MIROS, Prof Madya Dr Siti Zaharah Ishak, berkata kadar penjimatan itu mampu diperoleh bagi mereka yang mengamalkan pemanduan eko ketika memandu di antara 1,000 hingga 2,000 kilometer (km) sebulan.
Namun, bagi pemandu yang menggunakan harga RON95 tanpa subsidi pada kadar RM3.87 seliter, mereka boleh menjimatkan kos bahan api bermula RM26 hingga RM204.

"Anggaran ini dibuat berdasarkan andaian penggunaan bahan api sekitar 6.6 liter bagi setiap 100 km, iaitu kadar sesuai digunakan sebagai contoh bagi kereta penumpang ringan atau sedan kompak petrol.
"Antaranya Proton Saga atau model kereta penumpang biasa mempunyai kadar penggunaan bahan api hampir sama," katanya kepada Berita Harian.

Kadar penjimatan mengikut kategori harga minyak adalah seperti berikut:
| Kategori Harga Minyak | Anggaran Penjimatan Sebulan |
| RON95 Bersubsidi (RM1.99/liter) | RM13 hingga RM105 |
| RON95 Tanpa Subsidi (RM3.87/liter) | RM26 hingga RM204 |
Tabiat Buruk yang 'Membunuh'
Sering kali pemandu tidak sedar bahawa gaya pemanduan agresif adalah punca utama minyak cepat habis. Berdasarkan kajian Jabatan Tenaga Amerika Syarikat, tabiat buruk ini memberi kesan besar kepada kecekapan bahan api:
Pemanduan Agresif (Memecut & Membrek Mengejut): Mengurangkan kecekapan minyak sebanyak 15% hingga 30% di lebuh raya, dan 10% hingga 40% dalam trafik bandar yang tidak konsisten.
Membiarkan Enjin Hidup (Idling): Menghabiskan minyak secara sia-sia ketika menunggu.
Tip Mudah: Kurangkan kelajuan sekitar 8 hingga 16 km/j sahaja ketika di lebuh raya. Langkah mudah ini mampu memberikan penjimatan bahan api antara 7% hingga 14% secara automatik!
Bukan Sekadar Jimat, Tapi Lebih Selamat
Selain menyelamatkan dompet anda daripada 'kering', Dr Siti Zaharah menegaskan bahawa pemanduan eko mempunyai kaitan rapat dengan keselamatan nyawa.
Apabila pemandu mengekalkan kelajuan dan tidak memandu secara melulu, ia secara langsung:
Mengurangkan risiko hilang kawalan atau melanggar kenderaan di hadapan.
Memberi masa tindak balas (reaction time) yang lebih baik jika berlaku kecemasan.
Mengurangkan keterukan kecederaan sekiranya kemalangan tetap terjadi.
Pengguna EV Pun Wajib Amal 'Eco-Driving'!
Jangan ingat pemilik Kenderaan Elektrik (EV) terselamat daripada isu pembaziran tenaga. Menurut data Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS, pemanduan eko sangat kritikal buat pengguna EV kerana ia memberi impak langsung kepada jangka hayat dan jarak gerak (range) bateri.
Faktor seperti penggunaan penyaman udara yang keterlaluan, corak pecutan agresif, dan kelajuan yang tidak konsisten tetap akan 'memakan' kuasa bateri EV dengan pantas.
Trend Global: Kurangkan Pergantungan Petrol
Langkah menggalakkan pemanduan eko ini seiring dengan trend global ekoran konflik Asia Barat dan tekanan ekonomi dunia. Negara jiran seperti Filipina, Thailand, Vietnam, malah Jepun dan India kini rancak menggesa rakyat mereka mengurangkan penggunaan bahan api.
Di Malaysia, inisiatif digital seperti dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi penjawat awam yang dilaksanakan sejak 15 April lalu telah pun membuktikan kejayaan besar dengan merekodkan penjimatan bahan api sebanyak 334,000 liter.
Jadi, apa tunggu lagi? Tukar mod pemanduan anda ke 'Eco Mode' hari ini demi poket dan keselamatan anda!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1030
SELANGOR
BST6848
JOHOR
JE2469J
PULAU PINANG
PSF5412
PERAK
APL4621
PAHANG
CFH7304
KEDAH
KGJ1094
NEGERI SEMBILAN
NEL8362
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5610P
Terakhir Kemas Kini 16 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman
Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.
15-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.
11-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat