- Berita
- Berita Auto
- KLIMS 2026: Seteru 'Rolls-Royce' Dari China Sah Tiba Di Malaysia, Zeekr 9X Bakal Gegarkan KLIMS 2026
KLIMS 2026: Seteru 'Rolls-Royce' Dari China Sah Tiba Di Malaysia, Zeekr 9X Bakal Gegarkan KLIMS 2026

Pasaran kenderaan ultra-mewah tanah air nampaknya bakal menerima kejutan apabila Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu, baru-baru ini mengesahkan rancangan besar jenama itu untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026, sekali gus menandakan fasa paling kritikal buat Zeekr di pasaran tempatan.

Namun, apa yang benar-benar mencuri tumpuan adalah pengesahan rasmi di Facebook Zeekr Malaysia: Zeekr 9X iaitu SUV yang digelar sebagai pencabar sengit Rolls-Royce Cullinan. Jentera ini bakal membuat penampilan sulung secara rasmi di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026!
"Hangzhou Bay Cullinan"—Kuasa Supercar!

Di China, Zeekr 9X sudah mula mendapat gelaran tidak rasmi sebagai "Hangzhou Bay Cullinan" disebabkan reka bentuk badannya yang sangat sasa, berkotak, dan memancarkan aura status yang sangat garang.
Menariknya, model ini tidak menggunakan konfigurasi elektrik sepenuhnya (BEV), sebaliknya ia merupakan model pertama Zeekr yang dilengkapi sistem Plug-in Hybrid (PHEV) 2.0L Turbo Super Hybrid.
Bukan calang-calang hibrid, gabungan enjin dan tiga motor elektrik (AWD) ini menghasilkan hamburan kuasa yang tidak masuk akal:
| Spesifikasi Utama | Data Teknikal Zeekr 9X |
| Kuasa Maksimum | 1,400 PS (1,381 hp) |
| Daya Tork | 1,410 Nm |
| Pecutan (0-100 km/j) | 3.1 saat |
| Kelajuan Maksimum | 240 km/j |
| Jarak Gerak Maksimum | Sehingga 1,250 KM (Kombinasi petrol + bateri) |

Lebih mengagumkan, jurutera Zeekr berjaya memastikan perbezaan masa pecutan antara keadaan bateri penuh dan bateri lemah (low state-of-charge) hanyalah 0.2 saat sahaja! Tiada isu "kurang kuasa" apabila bateri drop.
Saiz Gergasi Lebih 3 Tan
Bukan sekadar laju, Zeekr 9X adalah sebuah SUV bertaraf 'kapal persiaran' jalanan.
Ia memiliki dimensi panjang 5,239 mm, lebar sehingga 2,029 mm, tinggi 1,819 mm, serta jarak roda sepanjang 3,169 mm.

Dengan berat mencecah lebih 3 tan, ia dilengkapi sistem suspensi udara dwi-bukaan (dual-chamber) dan anti-roll bar aktif 48V untuk memastikan pemanduan kekal meluncur lancar tanpa memusingkan kepala VIP di belakang.
Masuk ke dalam kabin, anda akan disambut dengan susunan kerusi kapten 2+2+2, lengkap dengan fungsi putaran 180 darjah, peti sejuk terbina, dan sistem bunyi Naim Audio berkekuatan 3,868-watt dengan 32 pembesar suara setaraf dengan jenama Bentley!
HARGA MARHAEN?
Walaupun jangkaan awal di China meletakkan harganya dalam lingkungan mampu milik bagi pasaran sana, statusnya sebagai model import (CBU) hibrid premium di Malaysia dijangka akan meletakkan tanda harga rasminya jauh lebih tinggi daripada model Zeekr 009 (RM359k).
Apabila dibawa masuk ke Malaysia sebagai model hibrid CBU, cukai yang dikenakan adalah jauh lebih tinggi berbanding EV, dan ini secara automatik akan melonjakkan harga jualannya.

Namun, jika dibandingkan dengan Rolls-Royce Cullinan sebenar yang bernilai jutaan ringgit sebelum cukai, Zeekr 9X menawarkan 90% kemewahan dan 200% kuasa pada harga sebahagian kecil daripadanya.
Sama-sama kita nantikan kemunculan "raksasa" ini di tapak pameran KLIMS 2026 di MITEC dari 12 hingga 21 Jun ini! Adakah anda yakin SUV China mampu mencabar takhta kemewahan British?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV5240
SELANGOR
BSU6024
JOHOR
JG3653J
PULAU PINANG
PSG7516
PERAK
APM4761
PAHANG
CFJ2257
KEDAH
KGJ5767
NEGERI SEMBILAN
NEM3903
KOTA KINABALU
SJU6851
KUCHING
QAB8253P
Terakhir Kemas Kini 25 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

