ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Belum pun sampai setahun beroperasi, kilang pemasangan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) PROTON di Automotive High-Tech Valley (AHTV) bakal berwajah baharu.

Dipacu oleh penangan 'demam' siri Proton e.MAS yang mencatatkan permintaan luar biasa, PROTON secara rasmi mengumumkan pelan pelaburan tambahan sebanyak RM37 juta untuk menggandakan kapasiti pengeluaran kilang tersebut.

Langkah agresif ini diambil bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan yang melonjak naik, selain menyokong sasaran pasaran eksport.

 20,000 Kepada 42,000 Unit Setahun

image.png

Fasiliti canggih yang pada asalnya dibangunkan dengan pelaburan RM82 juta ini bakal menyaksikan kapasiti tahunannya meningkat daripada 20,000 unit kepada 42,000 unit.

Bukan sekadar kilang biasa, hab pengeluaran di Tanjong Malim ini dilengkapi dengan:

  • Teknologi Robotik Moden & IoT: Sistem pengurusan berasaskan awan (cloud) yang membolehkan pelbagai model EV dipasang secara fleksibel dalam satu barisan pengeluaran sahaja.

  • Hab Strategik Geely Group: Mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pangkalan utama pembuatan NEV bagi rantau ASEAN di bawah payung Geely.

  • Peluang Kerjaya Baharu: Menambah kekuatan 391 tenaga kerja sedia ada, sekali gus membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan memperkasa rantaian bekalan vendor tempatan.

Proton e.MAS 5 Juara EV Malaysia, Jualan Meroket 329%!

image.pngImage-2-(2).JPG

Keputusan PROTON untuk mempercepatkan pelan pengembangan ini bukanlah satu perjudian, melainkan respon terhadap angka jualan yang sangat mengagumkan.

Angka Di Luar Jangkaan (Januari – April 2026)

Image-1-(8).jpg

  • Proton e.MAS 5: Mencatatkan 8,472 unit penghantaran dalam masa 4 bulan pertama sahaja, sekali gus memegang takhta sebagai model EV paling laris di Malaysia.

  • Jumlah Jualan Keseluruhan (e.MAS 5, e.MAS 7 & e.MAS 7 PHEV): Mencecah 11,617 unit — lonjakan luar biasa sebanyak 329% berbanding tempoh yang sama tahun lalu!

Bagi memendekkan tempoh menunggu pelanggan, PROTON turut mengesahkan bahawa Proton e.MAS 5 bakal dipasang secara tempatan (CKD) di Tanjong Malim, menyertai 'abang besarnya', Proton e.MAS 7.

"Permintaan Melebihi Unjuran Awal" – Komitmen PROTON

Mengulas mengenai perkembangan drastik ini, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa menyifatkan perkembanga ini mencerminkan keyakinan pengguna terhadap produk syarikat serta komitmen jangka panjang PROTON dalam menyokong perkembangan industri EV negara.

“Keperluan untuk meningkatkan kapasiti kilang NEV PROTON berlaku lebih awal daripada jangkaan berikutan penerimaan pasaran yang amat memberangsangkan terhadap model Proton e.MAS kami. Permintaan pelanggan melebihi unjuran awal dan perkara ini mempercepatkan perancangan kami untuk memperluaskan kapasiti pengeluaran tempatan,” katanya.

Isyarat Jelas Penguasaan ASEAN

Langkah berani PROTON ini memberi isyarat jelas kepada pesaing serantau: PROTON kini bukan lagi sekadar pengeluar kereta konvensional, tetapi sedang memacu transisi industri automotif Malaysia ke arah era elektrifikasi, pembuatan pintar, dan teknologi mobiliti masa depan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRW1491

SELANGOR

BSU6516

JOHOR

JG4716J

PULAU PINANG

PSG8739

PERAK

APM5332

PAHANG

CFJ2557

KEDAH

KGJ6171

NEGERI SEMBILAN

NEM4186

KOTA KINABALU

SJU7488

KUCHING

QAB8464P

Terakhir Kemas Kini 28 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

11-08-2026
EV

04-06-2026
EV

06-05-2026
EV

29-11-2024
Pandu Uji

26-09-2024
EV

30-09-2026
EV

16-09-2026
Global

03-09-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Bila LTU Kelantan Siap?

LTU Kelantan RM3.08 B: Dijangka Siap Sepenuhnya 2028.

27-10-2026
Berita Auto

Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?

Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.

27-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC

Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50

27-10-2026
Berita Auto

Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor

DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.

26-10-2026
Berita Auto

11,888 Tiket Extra KTMB Deepavali: Laluan Mana Yang Terlibat

NTING: KTMB Buka Tiket ETS Tambahan Deepavali 27 Oktober Ini.

26-10-2026
Berita Auto

Adakah ECRL Bakal 'Membunuh' Perkhidmatan Bas Ekspres?

Nampaknya, Ramai Akan Beralih ke ECRL, Apa Pula Nasib Bas Ekspres.

26-10-2026
Berita Auto

Ikut Rapat Tak Nak Bayar Tol

Ekor Rapat Sebab Nak Jimat Duit.

23-10-2026
Berita Auto

TuJu Down, PM Minta Maaf

TuJu 'sesak' dengan 800,000 pengguna,

23-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.