Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Malaysia telah memperluaskan lagit pasarannya di Malaysia Timur dengan melancarkan pusat pengalaman baharu di Lot G43, The Spring Shopping Mall, Kuching, baru-baru ini,
Tesla Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Model 3 iaitu sedan elektrik terlaris di Malaysia, dan Model Y L, SUV enam tempat duduk terbaharu akan dipamerkan untuk memperlihatkan teknologi EV dan AI (Kecerdasan Buatan) terkini daripada Tesla.

Menurut kenyataan itu, Model 3, Model Y, dan Model Y L telah menerima penarafan keselamatan tertinggi daripada pelbagai organisasi keselamatan global terkemuka, termasuk NHTSA dan IIHS (Amerika), Euro NCAP (Eropah), ANCAP (Australia dan New Zealand), serta C-IASI (China); sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam aspek keselamatan, kecekapan, prestasi, dan teknologi canggih.

"Malah Grok, pembantu AI yang dibangunkan oleh xAI, bakal tersedia melalui kemas kini Over-The-Air (OTA) untuk pemilik Tesla di seluruh Malaysia," katanya.
Hanya sebut 'Hey Grok' atau tekan lama butang suara pada stereng untuk mengaktifkannya. Grok menawarkan interaksi yang lebih intuitif dengan pemandu dan penumpang, termasuk:
Perancangan perjalanan: Minta Grok merancang perjalanan dengan pelbagai lokasi melalui arahan suara, malah pemilik boleh membatalkan atau menukar laluan di pertengahan jalan.
Carian lokasi dan navigasi: Semak stesen Supercharging atau Destination Charging berhampiran, restoran, pusat beli-belah, bank, tandas awam, dan sebagainya sepanjang perjalanan anda.
Penjelasan amaran kenderaan: Dapatkan penjelasan rujukan dan cadangan penyelesaian daripada Grok setiap kali anda melihat sebarang notis amaran pada skrin.
Sembang suara pintar: Sesuaikan suara, nada, dan gaya pertuturan Grok mengikut keperluan individu. Sama ada untuk mempelajari bahasa baharu atau bercerita kepada anak-anak, Grok akan menjadi pembantu AI peribadi anda.
Setakat awal tahun 2026, lebih 80% pemilik Tesla di Malaysia Timur telah memanfaatkan fungsi Home Charging (Pengecasan di Rumah) untuk mengecas kenderaan mengikut keselesaan mereka; lebih banyak stesen pengecasan Tesla akan menyusul di Sarawak tidak lama lagi.
Pemilik Tesla di Malaysia Timur juga boleh menikmati perkhidmatan mudah alih dan membuat temu janji servis di Bengkel Sah Tesla (TAB).
Jika berminat untuk memandu uji, hubungi talian (bebas tol) 1-800-810-655 atau daftar sesi pandu uji anda di sini:
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW4048
SELANGOR
BSU6851
JOHOR
JG5618J
PULAU PINANG
PSG9602
PERAK
APM5704
PAHANG
CFJ2748
KEDAH
KGJ6390
NEGERI SEMBILAN
NEM4345
KOTA KINABALU
SJU7903
KUCHING
QAB8651P
Terakhir Kemas Kini 29 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge