ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Beli Atau Langgan? Cara Baharu Pandu Suzuki Jimny & Fronx Tanpa Beban Hutang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Naza Eastern Motors telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan FLUX, sebuah platform langganan kenderaan terkemuka di Malaysia, baru-baru ini.

image.png

Menerusi pementeraian Memorandum Persefahaman (MoU), rakyat Malaysia kini boleh menikmati model popular Suzuki Fronx dan Suzuki Jimny AllGrip Plus secara terus melalui pelan langganan bulanan yang jauh lebih fleksibel.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Otomotif Naza, Mohd Rizal Jailan, bukan semua pelanggan yang mengunjungi bilik pameran Suzuki bersedia untuk membuat pembelian secara tradisional, dan perbualan itu tidak sepatutnya terhenti di situ sahaja.

image.png

"Dengan kehadiran FLUX di bilik pameran kami, pasukan kami boleh membimbing pelanggan tentang cara tepat langganan ini berfungsi dan membantu mereka memutuskan pilihan yang sesuai dengan keadaan mereka. Ia memberi pelanggan kami laluan kedua untuk memandu pulang kenderaan: beli, atau langgan — dan dalam mana-mana pilihan sekalipun, mereka tetap menjadi sebahagian daripada keluarga Suzuki," katanya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FLUX, Aziz Ayman berkata, kajian pasaran menunjukkan lebih 60% pembeli kereta di Malaysia kini terbuka kepada langganan berbanding pinjaman.

"Ini bukan lagi satu segmen khusus (niche). Ini adalah arah tuju pasaran. Sebab itulah ini adalah masa yang paling sesuai untuk melancarkan kerjasama antara Suzuki Cars Malaysia dan FLUX.

image.pngimage.png

"Tawaran baharu ini mengambil semua perkara yang merumitkan pemilikan kereta seperti  pinjaman, insurans, cukai jalan, penyelenggaraan, dan susut nilai. Ia menggantikannya dengan satu yuran bulanan dan kebebasan untuk berubah mengikut rentak kehidupan. Pemandu kekal menikmati bahagian terbaik memiliki Suzuki yang ikonik," katanya.

Tawaran Istimewa Sempena Merdeka Ke-69! 

image.pngimage.png

Bagi merayakan kerjasama ini dan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69, FLUX menawarkan promosi eksklusif:

  • 🎁 Diskaun 69% untuk langganan bulan pertama dan bulan terakhir!

  • 📅 Sah untuk pelan langganan terpilih berdurasi 24 hingga 36 bulan.

  • ⏳ Tawaran sah sehingga 6 September 2026.


    Berikut adalah harganya:

    • Vehicle (36-Month plan)

      Type

      Normal Monthly Fee

      Merdeka 69 Price*

      You Save 

      (2 Months)

      Suzuki Fronx 1.5 Hybrid 2025

      SUV - Hybrid

      RM2,225

      RM690

      RM3,070

      Suzuki Jimny AllGrip Plus 2026

      SUV - Petrol

      RM3,278

      RM1,016

      RM4,524


    Gallery

    Kongsi Artikel Ini

    Ditulis pada

    Suhana Veru

    Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

    Kongsi melalui

    Nombor Plat JPJ Terbaru

    KUALA LUMPUR

    VRH8653

    SELANGOR

    BSR9837

    JOHOR

    JB2098J

    PULAU PINANG

    PSE2489

    PERAK

    APK2648

    PAHANG

    CFH2936

    KEDAH

    KGH3102

    NEGERI SEMBILAN

    NEL1970

    KOTA KINABALU

    SJT3046

    KUCHING

    QAB2754P

    Terakhir Kemas Kini 29 Jul, 2026

    Harga Bahan Bakar

    Petrol

    RON 95

    RM 3.97

    +1.38

    RON 97

    RM 4.90

    +1.75

    RON 100

    RM 7.20

    +2.20

    VPR

    RM 8.23

    +2.00

    Diesel

    EURO 5 B10

    RM 5.12

    +2.08

    EURO 5 B7

    RM 5.32

    +2.08

    Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

    Berita Berkaitan

    Berita Auto
    Kereta Baru

    18-09-2025
    Kereta Baru

    25-08-2025
    EV

    19-08-2025
    Kereta Baru

    06-08-2025
    Berita Auto

    26-05-2025
    Berita Auto

    24-01-2025
    Kereta Baru

    18-11-2024

    Berita Terkini

    Berita Auto

    Beli Atau Langgan? Cara Baharu Pandu Suzuki Jimny & Fronx Tanpa Beban Hutang

    Gaya Hidup Baharu: Kenapa Ramai Pembeli Kereta Kini Beralih Kepada Pelan Langganan?

    29-07-2026
    Berita Auto

    Tiket F1 RM100 Belum Ada Sinar

    F1 Menggegar Sepang Lagi, Harga Tiket Akan Ditentukan Bahrain.

    29-07-2026
    Berita Auto

    Mandalika Lagi Cantik, Kenapa Litar Sepang Jadi Pilihan F1

    Analisis: Kenapa Sepang Kekal Pilihan Logistik Terbaik F1?

    28-07-2026
    Berita Auto

    Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

    Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!

    28-07-2026
    Berita Auto

    F1: FIA Tidak Kenakan Bayaran Kepada Malaysia

    F1 Kembali Ke Sepang Oktober Ini—Malaysia Anjur Tanpa Sebarang Kos Pendaftaran FIA.

    27-07-2026
    Berita Auto

    Tiket Madani Untuk F1

    Formula 1 Kembali Ke Sepang? Kerajaan Pertimbang 'Tiket MADANI' Mesra Poket Untuk Peminat.

    27-07-2026
    Berita Auto

    Menyesal Beli EV, Kesudahannya Beli Myvi

    Pempengaruh menyesal membeli EV, baru-baru ini.

    27-07-2026
    Berita Auto

    F1 Di Malaysia

    F1 diadakan pada Oktober nanti.

    27-07-2026

    Tunjuk Lebih

    trending_flat
    Tentang Kami

    CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

    © 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.