ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kerajaan  India mengumumkan rancangan untuk mengharamkan skuter, motosikal, dan rickshaw petrol secara berperingkat bagi menggantikannya dengan kenderaan elektrik.

Langkah ini merupakan usaha untuk mengurangkan tahap pencemaran yang membahayakan di bandar tersebut menjelang akhir dekad ini.

Dasar yang bakal menamatkan penjualan skuter, trak, dan bas baharu yang menggunakan petrol dan gas di ibu negara itu dalam tempoh dua tahun akan datang, telah disambut baik oleh beberapa aktivis alam sekitar dalam perjuangan mengurangkan pelepasan sisa toksik.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sektor pengangkutan menjadi antara penyumbang terbesar kepada pencemaran udara di Delhi, yang secara konsisten berada pada tahap berbahaya kepada kesihatan manusia dan telah menjadi situasi kecemasan di ibu negara itu,

Skuter dan ricksaw terdiri daripada lebih daripada dua pertiga daripada puluhan juta kenderaan di jalan raya Delhi.

Di bawah dasar baharu ini, ibu negara India itu hanya akan mengeluarkan plat lesen baharu untuk trak kecil elektrik dan kenderaan roda tiga (dikenali sebagai e-riksaw) bermula tahun 2027, manakala untuk e-skuter dan motosikal elektrik bermula tahun 2028.

Kerajaan Delhi menyatakan harapan agar langkah ini dapat memacu proses elektrifikasi kepada sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan armada kenderaan di ibu negara menjelang tahun 2030.

image.png

"Dasar ini memberi tumpuan kepada kenderaan elektrik tulen (EV), yang menawarkan faedah alam sekitar yang lebih baik sebagai kenderaan sifar pelepasan," kata kerajaan Delhi dalam satu kenyataan.

Kerajaan negeri Delhi, yang ditadbir oleh Parti Bharatiya Janata (yang juga memerintah di peringkat nasional), sebelum ini berdepan kritikan hebat dan pelbagai siri protes sepanjang musim sejuk selepas dituduh tidak melakukan apa-apa untuk menangani tahap pencemaran berbahaya yang berlarutan selama berbulan-bulan.

Menurut data kerajaan sendiri, pelepasan kenderaan menyumbang purata 23% daripada bahan pencemar di udara, menjadikannya punca tunggal terbesar bagi pelepasan sisa, terutamanya semasa bulan-bulan musim sejuk yang toksik apabila jerebu tebal sering menyelubungi bandar tersebut.

E-riksaw kini semakin kerap kelihatan di jalan raya Delhi sejak dua tahun lalu, namun kekurangan pusat pengecasan membuatkan para pemandu keberatan untuk beralih arah. Di bawah dasar baharu ini, kerajaan berikrar untuk menyediakan lebih daripada 30,000 pusat pengecasan awam di seluruh ibu negara.

Vikas Nimesh, seorang penolong profesor di Pusat Pengajian Dasar Awam di IIT Delhi, turut menggunakan istilah "anjakan paradigma".

Beliau menegaskan bahawa ketersediaan kenderaan elektrik buatan India yang mampu milik sedang berkembang pesat, dengan Delhi sedia menjadi pasaran EV terbesar di India.

Nimesh melahirkan rasa optimis bahawa dasar baharu ini akan memberi dorongan kepada pengeluar untuk melabur dalam teknologi hijau baharu dan "mengeluarkan lebih banyak model EV" bagi menyediakan lebih banyak pilihan dan persaingan kepada pengguna.

Berita mengenai dasar ini bagaimanapun masih belum sampai kepada sebahagian besar daripada jutaan pemandu autoriksaw di bandar itu. 

Dasar tersebut turut memperkenalkan pengecualian cukai jalan dan cukai kenderaan yang besar bagi individu yang membeli kereta elektrik baharu, sebagai usaha memberi insentif kepada pemandu untuk beralih secara sukarela. 

Bagaimanapun, beberapa pengkritik melahirkan kebimbangan bahawa tempoh dua tahun adalah terlalu singkat untuk menghapuskan skuter dan riksaw petrol baharu serta memastikan pilihan pengguna mencukupi.

Jika India bakal mengharamkan motosikal petrol, adakah Malaysia  juga akan mengambil langkah yang sama?


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRV4471

SELANGOR

BSU5907

JOHOR

JG3420J

PULAU PINANG

PSG7331

PERAK

APM4661

PAHANG

CFJ2180

KEDAH

KGJ5701

NEGERI SEMBILAN

NEM3843

KOTA KINABALU

SJU6823

KUCHING

QAB8209P

Terakhir Kemas Kini 24 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026
Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.