Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bakal menyediakan 350 titik pengecasan kenderaan elektrik (EV) menjelang 2028 bagi menyokong Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon.
Berdasarkan laporan akhbar Berita Harian, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar mengesahkan melalui Fasa 1, sebanyak 118 titik pengecasan pantas arus terus (DC) sudah beroperasi di lokasi strategik.
"Ini , termasuk kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan stesen minyak terpilih," katanya kepada Berita Harian.

Fasa Baharu Ekosistem EV Lebuh Raya PLUS & LPT2
Komitmen memperkukuh ekosistem mobiliti rendah karbon ini adalah kesinambungan Pelan Pembangunan Fasa I. Peringkat awal itu menyaksikan 118 titik pengecasan pantas DC beroperasi di lokasi strategik termasuk Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hentian sebelah, serta stesen minyak terpilih.
Pelaksanaan Fasa II pula menjadi instrumen utama dalam menyokong Pelan Hala Tuju Hijau PLUS 2.0. Langkah ini memastikan pemandu EV mendapat akses tenaga yang stabil sepanjang perjalanan merentas koridor utama negara.
Hab Pengecasan EV Bersepadu R&R Seremban Siap 2027

Menghadapi lonjakan pengguna EV pada musim perayaan, PLUS mempergiat pembangunan hab pengecasan berskala besar di R&R Seremban (Arah Selatan). Projek hasil usaha sama dengan Yinson Green Tech (YGT) ini menempatkan kira-kira 20 titik pengecasan DC.
Hab ini bakal menjadi fasiliti pengecasan EV bersepadu pertama di lebuh raya Malaysia yang dijangka siap sepenuhnya pada 2027. Manakala bagi keperluan jangka pendek tahun 2026, PLUS merancang menambah 20 hingga 30 titik pengecasan di lokasi aliran trafik tinggi koridor utara-selatan.
Inisiatif Charge and Chill & Pengecasan Pantas DCFC

Bagi mengurangkan kesesakan di R&R utama, PLUS memperkenalkan projek perintis Charge and Chill di beberapa plaza tol terpilih. Inisiatif ini menggabungkan infrastruktur pengecasan EV dengan kemudahan kedai makanan dan minuman.
Fasiliti di lebuh raya PLUS dan LPT2
| Spesifikasi Pengecasan | Perincian |
| Jenis Pengecas | Titik Pengecas Pantas Arus Terus (DCFC) |
| Output Kuasa | 47 kW hingga 200 kW |
| Jenis Penyambung | CCS2 Universal |
| Masa Pengecasan (80%) | 15 hingga 30 minit |
Pengguna disaran merancang perjalanan dengan menyemak ketersediaan pengecas secara masa nyata melalui aplikasi PLUS, JomCharge, Gentari Go, atau ChargEV.
Respon Pengguna: Harap Tambah Petak & Fasiliti
Tinjauan pengguna EV di laluan Kuala Lumpur-Seremban menyambut baik pelan perluasan ini. Pengguna EV, Mohd Rizal Mohd Rais, 44, mencadangkan kemudahan pengecas disediakan di setiap R&R utama mengikut statistik penggunaan tempatan.
Selain penambahan unit, isu kepekaan pengguna turut dibangkitkan. Mohd Nizam Zainal, 43, menggesa tindakan terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan tanpa mengecas, manakala Azliya Ghazali, 52, menekankan kepentingannya merancang laluan berdasarkan tahap bateri kenderaan bagi mengelak gangguan perjalanan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4596
SELANGOR
BSU3431
JOHOR
JF5040J
PULAU PINANG
PSG3080
PERAK
APM1461
PAHANG
CFH9806
KEDAH
KGJ4132
NEGERI SEMBILAN
NEM2419
KOTA KINABALU
SJU4962
KUCHING
QAB7404P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge