ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tekanan Sistem Kesihatan Negara: Realiti Di Sebalik Statistik Maut Nahas Jalan Raya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kemalangan jalan raya di Malaysia bukan lagi sekadar isu trafik biasa, sebaliknya telah menjadi krisis kesihatan awam yang meragut purata 18 nyawa setiap hari.

Menerusi kenyataan rasmi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, setiap satu nyawa yang hilang membawa kepada kerugian ekonomi negara sekurang-kurangnya RM3.12 juta berdasarkan Nilai Kehidupan Statistik (VSOL). Namun, di sebalik angka jutaan ringgit itu, realiti yang lebih menyayat hati adalah kehilangan tonggak keluarga, anak muda harapan bangsa, serta modal insan produktif negara.

TL;DR (Ringkasan Eksekutif)

  • Krisis Kesihatan Awam: Kemalangan jalan raya meragut purata 18 nyawa setiap hari di Malaysia dan menjadi punca kelima tertinggi kematian pramatang.
  • Statistik Utama:
    • 59% daripada mangsa korban melibatkan penunggang motosikal.
    • Kerugian ekonomi negara dianggarkan sekurang-kurangnya RM3.12 juta bagi setiap nyawa yang hilang (mengikut Nilai Kehidupan Statistik / VSOL).
  • Beban Sistem Kesihatan: Lonjakan kes kemalangan memberi tekanan besar kepada hospital awam, memaksa penggunaan sumber kritikal (seperti bekalan darah dan tenaga pakar KKM) dikerah sepenuhnya.
  • Teguran Buat Penganjur Konvoi: Menteri Kesihatan menggesa penganjur program konvoi mega (seperti RXZ Members) agar menjadikan advokasi keselamatan jalan raya sebagai agenda wajib bagi mengelakkan kehilangan nyawa sia-sia akibat kelajuan.


 Fakta Menggetarkan Hati

  • 59% Korban: Majoriti kematian jalan raya di Malaysia melibatkan golongan penunggang motosikal.
  • Punca Utama: Nahas jalan raya kekal sebagai penyumbang kelima tertinggi kepada kematian pramatang di negara ini.
  • Beban Sistem Kesihatan: Peningkatan kemalangan turut memberi tekanan besar kepada hospital awam, memaksa penggunaan bekalan darah, dewan bedah, dan tenaga pakar dikerah, walaupun fasiliti perubatan boleh diganti namun nyawa yang hilang tiada galang gantinya.
image.png
Menurutnya, nahas  jalan raya adalah cabaran kesihatan awam yang amat getir kepada negara dan penyumbang ke-5 tertinggi kepada kematian pramatang di Malaysia.

Berdasarkan Indeks Kematian Jalan Raya Malaysia oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), secara purata seramai 18 orang terbunuh akibat kemalangan jalan raya setiap hari di negara ini. Lebih membimbangkan, peratusan kematian tertinggi iaitu sebanyak 59% adalah berpunca daripada golongan penunggang motosikal.

"Kesannya kepada institusi kekeluargaan dan ekonomi amat mendalam. Berdasarkan Nilai Kehidupan Statistik (VSOL), Kerajaan Malaysia menanggung kerugian sekurang-kurangnya RM3.12 juta bagi setiap satu nyawa yang terkorban. Ini bukan sekadar angka; ia mewakili ketua keluarga, anak muda yang menjadi harapan, serta modal insan produktif yang hilang sekelip mata," tulisnya di halaman Facebook rasminya semalam.

Tambah beliau:


Berapa ramai isteri muda yang tiba-tiba terpaksa bergelar balu? Berapa ramai anak kecil yang kini membesar sebagai yatim? 

"Kepada pihak penganjur program konvoi mega sebegini, saya menyokong penuh niat baik dan semangat silaturahim yang dianjurkan kalian. Bagaimanapun, siri kemalangan maut yang terus berulang dari edisi pertama hinggalah ke penganjuran RXZ Members 8.0 baru-baru ini amat merisaukan.

"Penganjur mempunyai tanggungjawab moral untuk memastikan keselamatan setiap peserta terjamin. Saranan saya, pastikan pesanan pemanduan berhemah dan advokasi keselamatan jalan raya dijadikan sebagai agenda wajib dalam setiap penganjuran, agar insiden nyawa melayang sia-sia akibat kelajuan tidak lagi berulang.

"Dari satu sudut, setiap kali lonjakan kes kemalangan berlaku dalam satu-satu masa, seluruh sumber hospital, bermula dari bekalan darah, peralatan pengimejan, dewan bedah, hinggalah kepada tenaga pakar pelbagai disiplin terpaksa digerakkan dan dialihkan. Inilah realiti sistem kesihatan kita: 1% tenaga kerja KKM menggalas tanggungjawab menguruskan 99% populasi rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, beliau turut  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan kepada seluruh Pasukan Kecemasan dan Trauma Pelbagai Disiplin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berhempas-pulas merawat dan menyelamatkan nyawa mangsa nahas jalan raya yang terlibat.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.