Berapa Harga Hyundai Tucson?

Hyundai Motor Malaysia (HMY) secara rasmi mengumumkan semakan penurunan harga strategik untuk barisan SUV popular Hyundai Tucson berkuat kuasa serta-merta, membolehkan rakyat Malaysia menikmati kenderaan utiliti sukan (SUV) premium ini pada tanda harga bermula RM159,800 untuk varian asas Prime.
Kenapa Harga Hyundai Tucson Turun di Malaysia?
Inisiatif penstrukturan semula harga ini merupakan langkah proaktif HMY dalam memperluaskan akses pasaran kepada pemilikan kenderaan mewah. Ia juga selaras dengan komitmen jenama untuk terus memegang janji "Sentiasa di sisi anda" kepada pengguna tempatan.
Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen, langkah ini diambil bagi memastikan pelanggan terus menikmati kualiti global tanpa kompromi pada nilai yang lebih berbaloi.

"Kami mahu menjadikan TUCSON lebih mudah diakses oleh pelanggan di Malaysia, selain menyampaikan kualiti, keselamatan, dan pengalaman pemilikan yang selaras dengan piawaian jenama global kami. Semakan harga ini mencerminkan komitmen untuk mencipta nilai yang lebih besar buat para pelanggan serta janji kami untuk "Sentiasa di sisi anda," katanya.
Senarai Harga Baru Hyundai Tucson Mengikut Varian
Semakan harga baru ini melibatkan tiga varian utama tanpa sebarang pengurangan pada spesifikasi asal. Berikut adalah senarai harga rasmi terkini:
Perbandingan Harga Varian Tucson
| Varian | Harga Sebelumnya | Harga Semasa |
|---|---|---|
| TUCSON 1.6T Prime | RM164,888 | RM159,800 |
| TUCSON 1.6T Prestige AWD | RM186,888 | RM179,800 |
| TUCSON Prestige HEV | RM197,888 | RM189,800 |
Tiada Kompromi Pada Aspek Keselamatan dan Prestasi

Walaupun harga ditawarkan lebih rendah, pembeli tidak perlu bimbang kerana tiada sebarang perubahan atau pemotongan dibuat pada aspek spesifikasi, kelengkapan dalaman, mahupun teknologi keselamatan kenderaan ini.
Ketiga-tiga varian masih mengekalkan pakej keselamatan canggih Hyundai SmartSense, di samping reka bentuk sofistikated yang telah memenangi kepercayaan lebih 10 juta pemilik di seluruh dunia sejak mula diperkenalkan pada 2004.
Bagi anda yang berminat untuk melihat sendiri penawaran menarik ini, layari laman web rasmi
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2941
SELANGOR
BSU8259
JOHOR
JG9057J
PULAU PINANG
PSH2155
PERAK
APM7201
PAHANG
CFJ3375
KEDAH
KGJ7082
NEGERI SEMBILAN
NEM5043
KOTA KINABALU
SJU9837
KUCHING
QAB9448P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tucson Ditayangkan Dalam Filem Uncharted
Kelibat Hyundai Tucson dilihat dalam salah satu filem blockbuster Sony Pictures, Uncharted baru-baru ini.
05-04-2022
Hyundai Beri Jaminan Jentera Itu Antara Paling Selamat
Hyundai melancarkan jentera baharunya, Tucson baru-baru ini.
09-12-2021
Berita Terkini
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge