Berapa Harga TQ Wuling Bingo?

Sempena Hari Malaysia, TQ Wuling menawarkan promosi khas bagi model Bingo EV Pro yang ditawarkan serendah RM56,800 yang sebelum ini dijual pada harga RM62,800. Varian ini turut disertakan dengan pengecas EV mudah alih secara percuma.
Harga Wuling Bingo EV Malaysia Ikut Varian
Sebaliknya, Bingo EV Max, yang dijual pada harga RM67,800, pula kini ditawarkan pada harga bermula RM63,800. Pembeli varian Max mendapat pengecas wallbox 7kW serta pengecas mudah alih percuma.
Menerusi penjimatan sehingga RM6,000, kempen ini dilancarkan sebenarnya untuk memudahkan rakyat Malaysia memiliki kenderaan elektrik (EV) yang praktikal dan selamat.
Spesifikasi Bateri LFP Wuling dan Jarak Pemanduan


TQ Wuling Bingo EV Pro menawarkan jarak pemanduan sehingga 333 km (CLTC), manakala varian Max mampu mencatatkan jarak perjalanan sehingga 410 km.
Kedua-dua varian dikuasakan bateri Lithium Ferro-Phosphate (LFP) berasrama penarafan IP68. Teknologi MAGIC Battery ini telah digunakan pada lebih 3.6 juta EV global tanpa sebarang rekod insiden kebakaran.
Bagi urusan pengecasan, kemudahan pengecasan pantas DC membolehkan bateri diisi dari 30% hingga 80% dalam masa kurang daripada 35 minit sahaja.
TQ Wuling Bingo EV
| Wilayah | Perkara | Varian PRO (333 km CLTC) | Varian MAX (410 km CLTC) |
| Semenanjung Malaysia | Harga Asal | RM62,800 | RM67,800 |
| Tawaran Rebat | Rebat Hari Malaysia RM4,000 + Rebat Insurans RM2,000 | Rebat Hari Malaysia RM2,000 + Rebat Insurans RM2,000 | |
| Harga Selepas Rebat | RM56,800 | RM63,800 | |
| Pemberian Percuma | • Pengecas EV Mudah Alih | • Pengecas Wallbox 7kW • Pengecas EV Mudah Alih | |
| Sabah & Sarawak | Harga Asal | RM65,560 | RM70,560 |
| Tawaran Rebat | Rebat Hari Malaysia RM4,000 + Rebat Insurans RM2,000 | Rebat Hari Malaysia RM2,000 + Rebat Insurans RM2,000 | |
| Harga Selepas Rebat | RM59,560* | RM66,560* | |
| Pemberian Percuma | • Pengecas EV Mudah Alih | • Pengecas Wallbox 7kW • Pengecas EV Mudah Alih |
Rekabentuk Dalaman dan Ciri Keselamatan ADAS

Walaupun bersaiz kompak, ruang kabin Bingo EV tampil premium dengan kemasan Caramel Latte serta skrin dwi-paparan 10.25 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Capacity ruang bagasi pula boleh diperbesarkan sehingga 1,240 liter.


Aspek keselamatan disokong oleh enam beg udara, ESC, EPB dengan Auto-Hold, serta sistem TPMS. Ia turut dilengkapi ciri ADAS seperti Blind Spot Warning, Lane Change Assist, dan Rear Cross Traffic Alert.
Waranti Pemilik dan Uji Pandu

Setiap pembelian dilindungi waranti motor pemacu 8 tahun/160,000 km, waranti bateri EV 8 tahun/120,000 km, serta waranti kenderaan 5 tahun/150,000 km.
Tempahan boleh dibuat secara dalam talian di laman rasmi TQ Wuling dengan yuran RM200, atau kunjungi bilik pameran berdekatan untuk sesi pandu uji.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP1908
SELANGOR
BST4992
JOHOR
JD7243J
PULAU PINANG
PSF3751
PERAK
APL3062
PAHANG
CFH6486
KEDAH
KGH9237
NEGERI SEMBILAN
NEL7281
KOTA KINABALU
SJT9357
KUCHING
QAB5287P
Terakhir Kemas Kini 08 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga TQ Wuling Bingo?
Sempena Hari Malaysia, varian Pro kini bermula RM56,800 manakala varian Max berharga RM63,800.
08-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Lonjak Jualan Proton Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010
08-09-2026
PROTON Sumbang Dron RM200k Bantu Bencana Banjir Nepal
PROTON Salur Dron RM200k Untuk Bantuan Kemanusiaan Nepal.
07-09-2026
Isu Tambang ECRL: Ini Penjelasan MRL
MRL menafikan maklumat kadar tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tular di media sosial baru-baru ini.
07-09-2026
Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah
JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.
04-09-2026
2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta
Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.
04-09-2026
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma
Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.
04-09-2026
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab
Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.
04-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat