ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Impian untuk mengadakan konvoi kereta EV jarak jauh secara beramai- ramai di lebuh raya Malaysia kini menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pemilik kenderaan elektrik (EV) tempatan apabila isu kapasiti stesen pengecasan awam dan kesesakan di R&R menimbulkan pelbagai reaksi pro dan kontra.

Adakah Konvoi EV Jarak Jauh Realistik di Malaysia?

Idea untuk memandu kenderaan elektrik secara berkonvoi dalam skala besar sering menarik perhatian peminat automotif yang ingin mempamerkan estetika kenderaan, reka bentuk badan (bodykit), serta rim sukan masing-masing.

Namun begitu, apabila melibatkan perjalanan rentas negeri yang melebihi jarak pemanduan harian, persoalan mengenai kebolehlaksanaan logistik mula timbul.

Sebahagian besar pemilik kenderaan bersetuju bahawa perjalanan jarak dekat seperti konvoi tempatan masih boleh dikendalikan dengan baik, tetapi perjalanan jarak jauh mendedahkan pelbagai kelemahan infrastruktur sedia ada.

Kekangan Utama: Berebut Pengecas dan Isu Masa Menunggu

Salah satu halangan terbesar yang disuarakan oleh komuniti pemanduan ialah ketiadaan kapasiti stesen pengecasan EV Malaysia yang mencukupi untuk menampung puluhan kenderaan dalam satu masa. Jika sebuah kumpulan besar kenderaan tiba di satu-satu stesen pengecasan awam di lebuh raya secara serentak, fenomena beratur panjang atau 'queue' tidak dapat dielakkan.

“Time jalan berkawan, time charging dah tak kenal kawan dah.” — Seloroh seorang pengguna Proton e.MAS. 

image.png

Keadaan ini diburukkan lagi dengan tempoh masa pengecasan DC pantas yang mengambil masa sekurang-kurangnya 20 hingga 40 minit untuk setiap unit, menjadikan proses menunggu satu ujian kesabaran yang tinggi.

Pandangan Berbeza: Antara Gaya Hidup dan Kepraktisan

Menjengah ruangan komen, reaksi netizen terbahagi kepada beberapa kumpulan. Ada yang berpendapat konvoi moden kini tidak lagi relevan seperti era 90-an kerana sistem navigasi satelit (GPS) membolehkan pemandu bergerak secara individu tanpa takut sesat di jalan raya.

image.png

Malah, ada yang berpandangan bahawa aktiviti konvoi jarak jauh hanya menyusahkan pengguna jalan raya lain, terutamanya apabila membabitkan kawalan trafik atau marshall yang menghalang kelancaran laluan awam.

Seorang lagi ahli grup meninggalkan komen: Sangkut kat station charger," tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi ahli grup menulis, "Kena bermalam untuk semua que cas battery," tulisnya.

Ada juga yang meninggalakan komen: buat kat litar tertutup macam sepang ok,  kat jalan public x payah le, nanti  ada marshall, menyusahkan user lain kene berenti bagi laluan., dulu sebelum 90an orang konvoi sebab takut sesat.. kete pon x byk masa tu.. skrg semua da ada maps sendiri.. x yah le nk konvoi2 ni," tulisnya.

Malah ada juga yang mengakui bahawa ada juga yang melakukan aktiviti konvoi EV.

"Hari tu ada group buat TTS ke Tampin. Tapi KL - Tampin masih within range kan. So possible. Kalau jauh lagi, haaa yang tu belum pernah nampak dibuat orang. Memang beratur cari charger tu 😅 buat marah EV lain jaa nanti," tulisnya.

Sebaliknya, bagi model-model EV arus perdana seperti Proton e.MAS 5, pengguna melihat kenderaan ini lebih kepada pengangkutan harian yang praktikal berbanding kenderaan 'rare' eksklusif yang memerlukan publisiti konvoi besar-besaran.

Kesimpulan: Boleh Je EV Berkonvoi

Perancangan Teliti Sebelum Bergerak: Kesimpulannya, konvoi kereta EV jarak jauh bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan, tetapi ia menuntut disiplin logistik yang sangat tinggi serta perancangan laluan yang teliti.

Pemilik disarankan agar melakukan ujian rintis (pematuhan jarak kapasiti bateri) dan memanfaatkan lokasi litar tertutup sekiranya mahu menikmati pengalaman berkumpul tanpa mencetuskan ketegangan di stesen pengecasan awam.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRW5725

SELANGOR

BSU7246

JOHOR

JG6417J

PULAU PINANG

PSH642

PERAK

APM6025

PAHANG

CFJ2915

KEDAH

KGJ6533

NEGERI SEMBILAN

NEM4551

KOTA KINABALU

SJU8276

KUCHING

QAB8907P

Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam

Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.

04-08-2026
EV

Pengecas EV ChargeSini Kini Di Admiral Residence Melaka

Kondominium mewah Admiral Residence dilengkapi pengecas EV ChargeSini.

27-05-2023
EV

ChargeSini Tarik Pelabur Dalam & Luar Negara, Raih Lebih RM5 Juta!

ChargeSini, dijangka akan terus berkembang pada tahun 2023 dengan pengumpulan dana lebih RM5 juta.

11-05-2023
EV

Singapura Pertimbang Undang-Undang Baharu Untuk Galakkan Penggunaan EV

Kerajaan Singapura sedang mempertimbangkan pelaksanaan undang-undang baharu.

17-06-2022

Berita Terkini

EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.