Lebuh Raya BSE Kurangkan Kesesakan Di Greater KL

Lebuh raya bertingkat Bandar Malaysia-Seri Kembangan (BSE) sepanjang 8.2 kilometer yang dicadangkan dianggarkan menelan belanja RM1.75 bilion, tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan, menurut Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital).
Pelaksanaan projek ini dijalankan menerusi model bina-kendali-pindah (BOT) di bawah usaha sama antara LSH Infra Sdn Bhd dan Pertama Makmur Sdn Bhd .
Perincian Tempoh Pembinaan dan Konsesi 60 Tahun
Berdasarkan pemfailan rasmi kepada Bursa Malaysia, tempoh pembinaan bagi lebuh raya bertingkat ini dijangka mengambil masa selama empat tahun. Selain itu, cadangan tempoh konsesi yang ditetapkan adalah selama 60 tahun.
Bagaimanapun, segala perincian termasuk kos akhir dan reka bentuk masih tertakluk kepada pemuktamadan kajian teknikal serta kewangan. Pihak syarikat mempunyai tempoh selama 12 bulan untuk menyelesaikan segala rundingan dan pelaksanaan perjanjian konsesi yang berkaitan.
Penyelesaian Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas Greater Kuala Lumpur
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menegaskan bahawa kelulusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI. Projek ini bukan sahaja berimpak tinggi untuk rakyat malah merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Lebuhraya BSE direka khusus untuk berfungsi sebagai penyambung strategik rangkaian jalan raya sedia ada. Kehadirannya dijangka menjadi alternatif berkesan untuk mengatasi masalah kesesakan trafik harian di sekitar Greater Kuala Lumpur.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP5147
SELANGOR
BST5803
JOHOR
JD9327J
PULAU PINANG
PSF4438
PERAK
APL3779
PAHANG
CFH6843
KEDAH
KGH9804
NEGERI SEMBILAN
NEL7685
KOTA KINABALU
SJT9834
KUCHING
QAB5408P
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lebuh Raya BSE Kurangkan Kesesakan Di Greater KL
Lebuhraya BSE RM1.75 Bilion Hubung Bandar Malaysia dan Seri Kembangan.
11-09-2026
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman
Sita Kenderaan: JPJ Beri 14 Hari Selesaikan 40,595 Saman.
11-09-2026
Berapa Harga Minyak Sekarang?
Kenaikan seragam sebanyak 25 sen ini melibatkan petrol dan diesel tanpa subsidi.
11-09-2026
Zeekr 009 Jadi Shuttle VIP Rasmi di Subang SkyPark
Eksklusif! Zeekr 009 Tawar Servis Shuttle Mewah di Subang SkyPark.
10-09-2026
Percayakah Anda Sistem MLFF Mampu Caj Tol Kereta Dengan Betul ?
Betul Ke Sistem MLFF Malaysia Boleh Kenal Pasti Kereta Anda Tanpa Salah?
10-09-2026
Ops JPJ Johor: 120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati
120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati.
10-09-2026
Adjust Mileage Kereta Terpakai Normal Di Malaysia
Isu adjust mileage kereta terpakai kembali tular.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat