ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Geely Holding akan membawa Google Gemini, Google Maps, dan Google Play ke pasaran luar negara pada suku kedua tahun 2027, kata Ketua Pegawai Teknologi syarikat tersebut, Dr. Shen Yuan.

Langkah ini membolehkan kereta-kereta Geely memuat turun pelbagai aplikasi, menggunakan sistem navigasi Google, serta fungsi kawalan suara.

Antara Jenama Terlibat

Jenama-jenama yang akan dilengkapi dengan perkhidmatan Google termasuk jenama Geely, Lynk & Co, Riddara, atau Smart.

Geely Jalin Kerjasama Strategik Bersama Google

Pada 16 Oktober, Geely Holding Group secara rasmi mengumumkan jalianan kerjasama global dengan Google.

Pembuat kereta ini dilaporkan bakal membina ekosistem ruang kemudi digital (digital-cockpit). Ia akan diterapkan pada jenama-jenama kenderaan penumpang Geely di pasaran luar negara yang menyokong perkhidmatan Google.

Model pertama yang dilengkapi dengan perkhidmatan Google ini akan memasuki pasaran global pada separuh kedua tahun 2027. Bagaimanapun, nama model pertama tersebut masih belum didedahkan.

Apa Kata Geely

Ketua Pegawai Teknologi Geely Holding Group, Dr. Shen Yuan, berkata bahawa perjanjian ini memberikan syarikat peluang untuk menghubungkan kenderaannya dengan ekosistem yang sudah pun menjadi sebahagian daripada rutin harian pilihan pemandu.

Beliau turut menekankan bahawa Google Gemini, Google Maps, dan Google Play merupakan perkhidmatan yang digunakan oleh orang ramai setiap hari. Pada kenderaan Geely, perkhidmatan ini membolehkan pemandu mencari destinasi, mengesan stesen pengecasan berdekatan, menggunakan aplikasi, dan menguruskan tugas-tugas rutin yang lain.

“Kerjasama ini bukanlah bertujuan untuk meletakkan lebih banyak teknologi di hadapan pemandu, sebaliknya untuk menjadikan teknologi tersebut rasa lebih mesra pengguna dan intuitif," katanya.

Sebelum ini, jenama premium Geely iaitu Zeekr telah mengumumkan kerjasama dengan AirConsole bagi membawakan permainan video berasaskan awan ke dalam kenderaan.

Pada April 2026, pihak pengurusan Zeekr turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan 3 Screen Solutions (3SS), sebuah penyedia penyelesaian hiburan digital, untuk membagunkan platform media berasaskan Android Automotive OS.

Langkah-langkah ini menunjukkan bahawa Geely Holding Group sedang menyesuaikan kereta-keretanya secara berperingkat untuk pasaran global. Untuk rekod, portfolio syarikat ini merangkumi jenama Geely, Geely Galaxy, Zeekr, Lynk & Co, Volvo, Polestar, Lotus, Smart, Farizon, Proton, LEVC, dan Riddara.

Gallery

Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU8547

SELANGOR

BSU5395

JOHOR

JG1962J

PULAU PINANG

PSG6418

PERAK

APM4186

PAHANG

CFJ1878

KEDAH

KGJ5426

NEGERI SEMBILAN

NEM3594

KOTA KINABALU

SJU6434

KUCHING

QAB7974P

Terakhir Kemas Kini 21 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

24-09-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
EV

02-02-2026
Berita Auto

22-12-2025
Kereta Baru

22-08-2025
Global

15-08-2025
EV

18-07-2025

Berita Terkini

Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026
Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.