ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Heritage Motor Exchange Asia 2026: 50 Kereta Klasik Dipamer

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Malaysia bakal menjadi tuan rumah Heritage Motor Exchange Asia 2026 pada 23 hingga 25 Oktober ini di Dewan Merdeka, WTC KL. Acara anjuran The Collectors' Consortium bersama AFFIN Group ini menghimpunkan 50 kereta klasik dan memperkenalkan platform jual beli berasaskan data pertama di Asia.

 Pameran Kereta Klasik di WTC KL

 Lebih daripada sekadar pameran biasa, acara ini menampilkan sehingga 50 kenderaan koleksi dan kereta klasik bernilai tinggi daripada pelbagai era.

Dianjurkan oleh The Collectors' Consortium dengan kerjasama AFFIN Group, acara bertema "When Passion Meets Acquisition" ini membawa kelainan dengan memperkenalkan platform jual beli kereta koleksi berasaskan data yang pertama seumpamanya di Asia.

Sistem Penilaian 100 Mata Tentukan Nilai Kereta Klasik

Salah satu tarikan utama dalam pameran ini ialah pengenalan 100-Point Concours Judging System. Sistem ini direka untuk menilai keadaan fizikal dan ketulenan komponen kenderaan secara tepat.

Proses penilaian dijalankan oleh panel hakim bebas berpengalaman dengan kerjasama rakan industri dari Eropah. Markah yang diperoleh akan dibandingkan dengan rekod transaksi pasaran terdahulu bagi menentukan julat nilai yang diperakui.

Setiap kenderaan yang dinilai akan menerima Valuation Certificate rasmi. Bagi kereta yang ingin dijual, julat harga yang dinilai akan dipaparkan pada cermin hadapan bagi memudahkan urusan rundingan pembeli dan penjual.

5 Segmen Utama & Kategori Kenderaan

Sebanyak enam kategori kenderaan akan dipamerkan iaitu Vintage, Classic, Modern Classic, Contemporary Exotic, Luxury, dan Performance.

Bersempena ulang tahun ke-40 WTC KL, lima segmen utama turut diketengahkan sepanjang tiga hari acara:

  • Concours de Vente: Pameran kereta koleksi terpilih yang menjalani penilaian secara langsung.

  • Concours d’Elegance: Pengiktirafan reka bentuk, ketepatan sejarah, dan hasil kerja restorasi.

  • Private Consignment Paddock: Platform jual beli kereta melalui kaedah consignment berserta pengesahan.

  • Back From the Future: Penampilan robot humanoid pintar Mornine daripada AiMOGA sebagai penyampai kenderaan.

  • Historic Motorsport – Icons are Forever: Pameran kereta perlumbaan dan rali ikonik era 1970-an.

Selain pameran, pengunjung juga berpeluang mengikuti sesi pendidikan khas mengenai teknik pemeriksaan kenderaan dan pengaruh kecacatan komponen terhadap nilai pasaran.

Sokongan Agensi JPJ, PUSPAKOM & Rakan Strategik

Bagi memudahkan pembeli, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PUSPAKOM turut membuka kaunter khidmat di lokasi. Ini membolehkan urusan pemeriksaan, pertukaran hak milik, cukai jalan, dan insurans dilakukan terus di tapak acara.

Cycle & Carriage turut menyertai acara ini sebagai Anchor Heritage Partner, mengimbas kembali sejarah 75 tahun hubungannya bersama Mercedes-Benz di Malaysia dan Singapura.

Sektor perbankan pula diwakili oleh AFFIN Group menerusi perkhidmatan AFFIN DIVENTIUM Private Banking yang menawarkan pembiayaan kewangan eksklusif serta pengurusan kekayaan buat para kolektor.

 Harga Tiket

Pameran dibuka untuk sesi pratonton media dan pengumpul pada 23 Oktober (10 pagi - 1 tengah hari) sebelum dibuka kepada orang ramai. Pada 24 dan 25 Oktober, waktu operasi bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Berikut adalah senarai harga tiket Heritage Motor Exchange Asia 2026:

  • Dewasa: RM23

  • Pelajar: RM16

  • Warga Emas & OKU: RM13

  • Pakej 3 Orang: RM66

  • Kanak-kanak (Bawah 12 Tahun): PERCUMA

Tiket boleh dibeli secara dalam talian menerusi platform CloudJoi atau dibeli terus di kaunter pendaftaran WTC KL sepanjang acara berlangsung.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU5624

SELANGOR

BSU4946

JOHOR

JG483J

PULAU PINANG

PSG5623

PERAK

APM3675

PAHANG

CFJ1646

KEDAH

KGJ5163

NEGERI SEMBILAN

NEM3342

KOTA KINABALU

SJU6145

KUCHING

QAB7816P

Terakhir Kemas Kini 20 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Heritage Motor Exchange Asia 2026: 50 Kereta Klasik Dipamer

Heritage Motor Exchange Asia 2026: Tarikh, Tiket & Kategori Kereta.

20-10-2026
Berita Auto

Ada Berita Baik, Diskaun Tiket ECRL 30% Bulan Pertama Operasi Disember Ini

ECRL Mula Operasi Disember: Nikmati Diskaun Tiket 30%.

20-10-2026
Berita Auto

Mercedes Mahu F1 Sepang Kembali — Ini Respon Pakar Lampu Pula

F1 Sepang: Bakal Kembali Ke Sepang Dengan Perlumbaan Malam?

20-10-2026
Berita Auto

Isuzu D-Max 2.2L Rentas Sabah Sarawak Cuma 1 Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-MAX 2.2L Bukti Penjimatan Luar Biasa

19-10-2026
Berita Auto

Anak Beranak Maut Dihempap Kontena

Dua beranak maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap kontena.

19-10-2026
Berita Auto

ECRL RM125 Ke Kelantan: Berbaloi Atau Mahal?

ECRL Gombak-Kota Bharu RM125: Ini Beza Tiket Ekspres & Transit Yang Anda Perlu Tahu

19-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Honda City Hatchback Baru

Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.

19-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.