ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JETOUR Uji Teknologi Off-Road Siri T & G

Suhana Veru

Kongsi melalui

IMAGE-1-(16).jpg

Pengeluar automotif JETOUR memperlihatkan keupayaan teknologi off-road pintar menerusi sesi pandu uji siri T dan G di Moganshan, Zhejiang semalam. Ujian di kawasan hutan belantara tersebut membuktikan kehebatan sistem XWD dan seni bina GAIA dalam mengimbangi prestasi laluan mencabar dengan keselesaan ruang kabin mewah.

Acara JETOUR Global Technology Experience Day 2026 itu menampilkan ujian ekstrem seperti meredah air, halangan silang gandar, dan cerun berbonggol.

Sistem XWD Intelligent 4WD Memudahkan Pemanduan Laluan Mencabar

IMAGE-2-(7).jpg

Secara tradisinya, pemanduan di laluan laluan sukar memerlukan kemahiran tinggi untuk mengendalikan kunci pembeza dan mod pemanduan manual. Bagi mengatasi kesukaran ini, JETOUR membangunkan algoritma pintar berasaskan pengalaman pemandu off-road profesional.

Menerusi sistem XWD, agihan kuasa disesuaikan secara automatik mengikut tahap cengkaman tayar dan bentuk muka bumi.

Pemandu boleh memilih daripada 7 mod pratetap (Eco, Standard, Sport, Snow, Mud, Sand, Rock) atau mengaktifkan mod pintar "X" dengan hanya satu sentuhan.

Seni Bina GAIA Gabung Prestasi Off-Road dan Kabin Mewah

IMAGE-4-(8).jpg

Bagi model JETOUR G700, penggunaan seni bina GAIA menggabungkan rangkaian kuasa hibrid super dengan sistem casis pintar.

Teknologi suspensi pintar CDC dan suspensi udara menyelaraskan ketinggian kenderaan serta tahap redaman. Ini memastikan pemanduan kekal lancar walaupun melalui jalan berlubang atau tidak rata.

Ruang Kabin 

Selain prestasi mantap, ruang dalaman JETOUR G700 dirancang untuk memberikan pengalaman perjalanan premium kepada pemandu dan penumpang.

Antara kelengkapan utama kabin termasuk:

  • Kokpit pintar interaktif dengan empat paparan skrin.

  • Tempat duduk pelbagai fungsi berintegrasi tinggi.

  • Sistem audio berkualiti tinggi untuk hiburan sepanjang perjalanan.

Langkah ini membuktikan komitmen berterusan JETOUR dalam membangunkan teknologi mobiliti global yang serba boleh dan selesa.


Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRV2157

SELANGOR

BSU5674

JOHOR

JG2678J

PULAU PINANG

PSG6865

PERAK

APM4437

PAHANG

CFJ2059

KEDAH

KGJ5601

NEGERI SEMBILAN

NEM3731

KOTA KINABALU

SJU6591

KUCHING

QAB8104P

Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

09-10-2026
Pandu Uji

12-02-2026
Berita Auto

09-02-2026
Berita Auto

04-02-2026
Global

23-10-2025
Global

17-09-2025
Berita Auto

26-08-2025
EV

09-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift

Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?

22-10-2026
Berita Auto

Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya

Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.

22-10-2026
Berita Auto

JETOUR Uji Teknologi Off-Road Siri T & G

Sistem XWD JETOUR: Pemanduan Off-Road Kini Lebih Mudah.

22-10-2026
Berita Auto

Aplikasi Navigasi TuJu 'Down' Selepas Isu Larangan Waze

Aps TuJu Terganggu: Ini Penjelasan LLM.

22-10-2026
Berita Auto

Bagi Yang Tiada Lesen, Mesti Lega Sebab Minyak Turun

Harga Minyak Turun 30 Sen Bermula Esok: RON97, RON95 & Diesel.

22-10-2026
Berita Auto

Berapa Kematian Libatkan Motosikal?

Kematian Kemalangan 2025: Motosikal Catat 66% Kes.

21-10-2026
Berita Auto

SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?

Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?

21-10-2026
Berita Auto

Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta

Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.

21-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.