Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf secara terbuka serta membuat permohonan maaf peribadi kepada Menteri MITI berhubung isu kualiti kenderaan Chery Omoda 5 di Malaysia. Beliau menegaskan syarikat mengambil tanggungjawab penuh dan komited membangunkan pasaran tempatan secara mampan dan bertanggungjawab.
Minta Maaf Secara Peribadi Kepada Menteri MITI
Semasa berucap di Persidangan Kenderaan Terhubung Pintar Dunia (WICV) di Beijing pada 21 Oktober, Yin Tongyue mengakui cabaran kualiti yang dihadapi Chery di pasaran Malaysia.
Beliau mendedahkan telah menghubungi dan memohon maaf secara terus kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada hari yang sama.
Mengulas mengenai strategi antarabangsa, Yin menekankan pentingnya sikap rendah diri dan menghormati undang-undang serta amalan perniagaan tempatan.
"Kami ke luar negara bukan untuk meraih keuntungan pantas, sebaliknya untuk bertapak kukuh bagi jangka masa panjang. Tanpa persediaan sewajarnya, langkah ke luar negara boleh bertukar menjadi kegagalan," tegas Yin.
Kronologi Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5
Isu kualiti kenderaan Chery kembali hangat selepas insiden gandar belakang Omoda 5 tercabut ketika dipandu tular di media sosial. Kejadian ini merupakan ulangan kepada insiden berbangkit yang pernah berlaku pada tahun 2024.
Susulan kes berulang ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) bagi model Omoda 5.
Penggantungan ini menghentikan semua pendaftaran baharu model tersebut sehingga siasatan teknikal dan aspek keselamatan selesai sepenuhnya.
Tindakan Panggilan Semula & Penambahbaikan Model O5
Sebagai respon pantas, Chery Malaysia telah melancarkan kempen panggilan semula (recall) yang melibatkan 8,878 unit Omoda 5 bagi varian C dan H.
Untuk rekod, pada insiden tahun 2024, Chery juga telah membuat panggilan semula secara proaktif terhadap 600 unit kenderaan sebelum notis rasmi JPJ dikeluarkan.
Model Omoda 5 kini tidak lagi dijual di pasaran Malaysia dan telah digantikan dengan model facelift baharu, Chery O5. Model baharu ini telah menaik naik sistem suspensi daripada torsion beam kepada sistem multilink dengan gandar binaan baharu sepenuhnya.
Sumber Paultan
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV2157
SELANGOR
BSU5674
JOHOR
JG2678J
PULAU PINANG
PSG6865
PERAK
APM4437
PAHANG
CFJ2059
KEDAH
KGJ5601
NEGERI SEMBILAN
NEM3731
KOTA KINABALU
SJU6591
KUCHING
QAB8104P
Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
JETOUR Uji Teknologi Off-Road Siri T & G
Sistem XWD JETOUR: Pemanduan Off-Road Kini Lebih Mudah.
22-10-2026
Aplikasi Navigasi TuJu 'Down' Selepas Isu Larangan Waze
Aps TuJu Terganggu: Ini Penjelasan LLM.
22-10-2026
Bagi Yang Tiada Lesen, Mesti Lega Sebab Minyak Turun
Harga Minyak Turun 30 Sen Bermula Esok: RON97, RON95 & Diesel.
22-10-2026
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?
21-10-2026
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge