Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?

Proton secara rasminya membuka tempahan bagi model sedan terbaharunya, Proton S70 RS (Refined Sportiness), hari ini. Dijenamakan semula dengan identiti yang lebih agresif dan sporty sebagai "Malaysia's Sporty Sedan", model kemas kini untuk varian berenjin turbo ini hadir dengan tawaran tempahan awal yang cukup menarik buat para peminat automotif tempatan


Tawaran Tempahan Awal
Bagi pelanggan yang membuat tempahan awal, Proton menawarkan dua insentif utama :
Rebat Tunai RM1,000
Pakej Pelancaran Eksklusif (Exclusive Launch Package) – perincian penuh pakej ini akan didedahkan semasa majlis pelancaran rasminya kelak
.
Untuk melayakkan diri menikmati tawaran istimewa ini, pembeli perlu memenuhi syarat tempoh berikut
Tempoh Tempahan: 18 November hingga 1 Disember 2026
Tarikh Akhir Pendaftaran Kenderaan: Selewat-lewatnya pada 31 Mac 2027
Apa yang Baharu pada Proton S70 RS?
Menggantikan barisan varian turbo terdahulu, Proton S70 RS kini ditawarkan dalam dua pilihan varian utama, iaitu Premium dan Sportline.
Dari segi penampilan luaran, S70 RS tampil lebih garang dengan rekaan gril hadapan Pulse Matrix, bampar baharu, rim aloi 17-inci rekaan Geostar dengan angkup brek merah, serta kit badan sporty (termasuk empat muncung ekzos palsu pada varian Sportline). Bahagian kabinnya pula menerima rombakan papan pemuka serba baharu dengan konsol tengah terapung, lampu ambien, tombol kawalan Commander Dial, serta penukar gear jenis column shifter di stereng.
Di bawah hud, jentera ini mengekalkan nadi 1.5-liter i-GT turbo empat silinder yang menghasilkan kuasa 181 PS dan tork 290 Nm, dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan (7DCT) yang membolehkan pecutan 0–100 km/j dicapai dalam masa 7.5 saat. Dari sudut keselamatan dan kemudahan, ia turut dilengkapi 15 ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) sebagai ciri standard untuk kedua-dua varian, kamera 540-darjah, pengelap cermin automatik, serta fungsi kunci dan buka kunci automatik apabila menjauhi atau menghampiri kenderaan.
Walaupun harga rasmi bagi varian Premium dan Sportline masih belum diumumkan sehingga hari pelancarannya, tempahan sudah boleh dibuat di semua bilik pameran rasmi Proton di seluruh negara bermula hari ini. (Tertakluk kepada terma dan syarat)
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY9485
SELANGOR
BSV2138
JOHOR
JH5942J
PULAU PINANG
PSH4739
PERAK
AP1347
PAHANG
CFJ4386
KEDAH
KGJ8706
NEGERI SEMBILAN
NEM6287
KOTA KINABALU
SJV2467
KUCHING
QAB466Q
Terakhir Kemas Kini 18 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Jualan Proton 2026: Model Berasaskan Geely Pintas Kereta "Buatan Tempatan"
Model Geely Kini Dominasi Jualan Proton 2026, Tapi Saga Masih 'Raja' Sebenar
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Ketika Cuba Elak Lubang
Maut ketika cuba elak lubang pembentung di Klang.
18-11-2026
Pusat 3S BYD Dibuka Di Ipoh, Bilik Pameran Terbesar di Utara
BYD Sime Motors Perkukuh Kehadiran di Utara Malaysia dengan Pembukaan Pusat 3S Baharu di Ipoh.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
