ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Budak Tersungkur Atas Jalan, Polis Cari Waris

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Satu klip video tular di internet yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki  tersungkur di atas jalan raya berhampiran Plaza Tol Nilai, semalam.

Kejadian tersebut mendapat perhatian ramai selepas rakaman video klip berdurasi pendek tular di platform media sosial, sekali gus mencetuskan kebimbangan serta kemarahan warga netizen.

Video Tular

Berdasarkan rakaman video berkenaan, seorang lelaki berbaaju putih dilihat bersembang dengan kanak-kanak lelaki tersebut di tepi jalan sebelum lelaki berkenaan masuk semula ke dalam kenderaan.

Kanak-kanak terbabit kemudiannya lalu di belakang kereta dan cuba membuka pintu belakang kenderaan namun gagal kerana  pintu kereta berkenaan dalam keadaan dikunci dari dalam sebelum kenderaan tersebut mula bergerak meninggalkan lokasi.

Tersungkur Di Atas Lebuh Raya Selepas Dihela Laju

Enggan ditinggalkan, kanak-kanak lelaki itu dilihat cuba berpaut pada bahagian tepi kenderaan yang mula bergerak.

Namun, tindakan pemandu memecut kenderaan secara berlepas menyebabkan pautan kanak-kanak itu terlepas. Kanak-kanak berkenaan akhirnya tersungkur dan jatuh di atas permukaan lebuh raya yang berisiko tinggi dilalui kenderaan lain.

Ini Kata Polis

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, pihaknya turut berusaha mengesan kanak-kanak tersebut serta warisnya bagi membantu siasatan lanjut.

Menurut Johari, terdahulu pihak polis menerima laporan berhubung penularan sebuah video di media sosial @Threads berdurasi kira-kira seminit pada pukul 11.02 malam semalam memaparkan seorang kanak-kanak lelaki terjatuh dari sebuah kereta dipercayai dirakam dari kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan lain.

Beliau berkata, berdasarkan hasil siasatan, pihak polis telah mengenal pasti pemilik rakaman kamera papan pemuka yang memaparkan kejadian tersebut.

“Pegawai penyiasat telah menghubungi individu berkenaan bagi mendapatkan keterangan serta rakaman asal kejadian. Bagaimanapun, setakat ini masih belum menerima sebarang maklum balas.


SUMBER KOSMO.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX8449

SELANGOR

BSU9450

JOHOR

JH2148J

PULAU PINANG

PSH3253

PERAK

APM8257

PAHANG

CFJ3750

KEDAH

KGJ7617

NEGERI SEMBILAN

NEM5487

KOTA KINABALU

SJV1193

KUCHING

QAB9740P

Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Budak Tersungkur Atas Jalan, Polis Cari Waris

Punca masih belum diketahui.

10-11-2026
Berita Auto

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.