Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Hujan lebat berserta angin kencang petang ini menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan utama sekitar Lembah Klang, sekali gus menjejaskan laluan lalu lintas serta memaksa pengguna jalan raya berpatah balik.
Antara lokasi terjejas termasuk Denai Alam, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Bukit Jalil, USJ, serta Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Amcorp Mall.
Denai Alam Terjejas Teruk, Laluan DASH Terpaksa Ditutup Pengguna
Keadaan di Denai Alam dilaporkan semakin mencabar apabila air melimpah ke jalan utama.
Menerusi perkongsian di platform Threads, beberapa pemandu dari arah Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (DASH) terpaksa berpatah balik dan berlawan arus selepas laluan susur keluar ke kawasan berkenaan dinaiki air.
Laluan dari arah Johawaki menuju ke stesen minyak Caltex Denai Alam turut dilaporkan terjejas akibat limpahan air hujan yang deras.
Lebuh Raya Persekutuan & Bukit Jalil Dinaiki Air
Keadaan trafik di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Amcorp Mall juga dilaporkan perlahan berikutan limpahan air di atas jalan raya.
Sementara itu, laluan di Bukit Jalil menghala ke Puchong turut mula dinaiki air, menyebabkan jarak penglihatan pemandu terhad akibat hujan lebat.
Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati kerana sesetengah kenderaan terpaksa meredah laluan berserta takungan air yang semakin meningkat.
Ribut Angin Kencang Melanda USJ 9 & TTDI
Di kawasan USJ 9, hujan lebat disertai angin ribut kencang menyebabkan pemandu berdepan detik mendebarkan apabila kenderaan bergegar akibat tiupan angin.
Keadaan sama turut dilaporkan berlaku di sekitar kawasan perumahan dan komersial TTDI apabila beberapa kenderaan dilihat perlahan meredah kawasan yang ditakungi air.
Orang ramai yang memandu di sekitar Lembah Klang petang ini dinasihatkan berwaspada, mengurangkan kelajuan kenderaan, dan merancang laluan alternatif bagi mengelakkan terperangkap dalam banjir kilat.
SUMBER KOSMO
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2941
SELANGOR
BSU8259
JOHOR
JG9057J
PULAU PINANG
PSH2155
PERAK
APM7201
PAHANG
CFJ3375
KEDAH
KGJ7082
NEGERI SEMBILAN
NEM5043
KOTA KINABALU
SJU9837
KUCHING
QAB9448P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jangan Jadi Mangsa Banjir Kilat: Ini Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Air Mula Naik Di Jalan Raya
Warga kota takut setiap kali hujan berterusan.
08-05-2026
Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.
Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.
06-05-2026
KL Dilanda Banjir Kilat, 5 Laluan Terjejas
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat kira-kira pukul 3 petang tadi.
12-12-2025
Banjir Teruk Di Hatyai: Ramai Rakyat Malaysia Terkandas
Ratusan rakyat Malaysia dipercayai terkandas dalam banjir di Hatyai, Thailand gara-gara hujan berterusan sejak semalam.
22-11-2025
Hujan Lebat: Selangor Dilanda Banjir Kilat
Ramai yang tidak dapat ke tempat kerja gara-gara banyak laluan dinaiki air.
11-04-2025
Jika Lesen, Geran Hilang Atau Rosak, Mangsa Banjir Tidak Perlu Buat Semula
Mangsa banjir tidak perlu ganti lesen atau geran rosak kerana semua dokumen terbabit boleh diakses dalam aplikasi MyJPJ.
09-12-2024
Putrajaya Banjir, Beberapa Kenderaan Tenggelam
Gara-gara hujan lebat, kira-kira 20 kenderaan terperangkap akibat banjir di Presint 11 Zon 4A , Putrajaya, petang tadi.
08-12-2024
Hujan Lebat Di KL: Beberapa Jalan Dinaiki Air Namun Keadaan Terkawal
Beberapa kawasan di ibu kota dilaporkan mula dinaiki air susulan hujan lebat, petang tadi.
15-11-2024
Berita Terkini
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge