Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
Tiga remaja lelaki berusia 14 tahun bakal didakwa mengikut Seksyen 42A Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas dikesan menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi 'wheelie' ekstrem di Jalan Padang Tembak, di sini, semalam dalam satu operasi khas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan.
Kes ini menjadi rekod pertama di Kelantan sejak Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 dikuatkuasakan pada 16 Oktober lalu. Peruntukan baharu ini menjadikan aktiviti berlumba haram atau menduga kelajuan di jalan raya sebagai satu kesalahan khusus yang membawa hukuman lebih berat.
Hukuman Berat Bawah Seksyen 42A Akta Pengangkutan Jalan 1987
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, memaklumkan bahawa pindaan undang-undang tersebut memperuntukkan hukuman tegas terhadap pesalah jalan raya.
Bagi sabitan kali pertama di bawah Seksyen 42A, pesalah boleh dikenakan denda antara RM2,000 hingga RM10,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Untuk kesalahan berulang bagi sabitan kali kedua dan seterusnya, denda meningkat kepada RM5,000 hingga RM20,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
40 Remaja Ditahan Dalam Ops Khas Motosikal JPJ Kelantan
Menurut Mohd Misuari, ketiga-tiga remaja terbabit adalah antara 40 individu berusia 14 hingga 18 tahun yang ditahan dalam Ops Khas Motosikal. Operasi bersepadu yang melibatkan 60 pegawai dan anggota JPJ itu dijalankan bermula jam 5 petang hingga 7 malam.
Sepanjang dua jam operasi berlangsung, pihak berkuasa telah mengambil tindakan ke atas 25 buah motosikal atas pelbagai kesalahan teknikal dan lalu lintas. Sebanyak 144 notis saman turut dikeluarkan kepada penunggang yang ingkar.
Daripada keseluruhan saman tersebut, tiga kes diklasifikasikan untuk pendakwaan di bawah Seksyen 42A kerana melakukan aksi 'wheelie' yang mengancam nyawa pengguna jalan raya lain.
Guna Motosikal Ibu Bapa Untuk Lumba Haram Hujung Minggu
Siasatan mendapati kawasan Jalan Padang Tembak telah menjadi lokasi tumpuan golongan remaja untuk berlumba haram sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kegiatan ini dikesan berlaku secara mingguan, terutamanya pada hujung minggu antara jam 5 petang hingga 7 malam.
Pihak JPJ Kelantan kini sedang memantau rapat beberapa lagi lokasi panas di sekitar Kota Bharu yang dikenal pasti sebagai litar haram. Golongan muda diberikan amaran keras agar tidak menjadikan jalan raya awam sebagai tempat berlumba.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA2873
SELANGOR
BSV2499
JOHOR
JH6695J
PULAU PINANG
PSH4963
PERAK
APN1677
PAHANG
CFJ4526
KEDAH
KGJ8927
NEGERI SEMBILAN
NEM6425
KOTA KINABALU
SJV2701
KUCHING
QAB550Q
Terakhir Kemas Kini 20 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

