Patutlah Proton Saga Laku Keras, Menang Anugerah Reka Bentuk Terbaik
.jpeg)
Proton Saga telah meraih Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA) bagi kategori Kawasan Awam dan sekali gus meraih pengiktirafan tertinggi kerajaan Malaysia dalam bidang reka bentuk perindustrian. Anugerah
Pengiktirafan Nasional Kedua Selepas GODA
Pengiktirafan reka bentuk kedua tahun ini menyusul selepas kemenangan GODA Oktober lalu, didorong prestasi jualan Proton Saga 2026 sebanyak 75,589 unit dalam tempoh 10 bulan.
Saga Laku Keras
Pengiktirafan ini melengkapkan satu tahun cemerlang bagi Saga, yang sedang menikmati prestasi jualan yang sangat baik.
Dengan sebanyak 75,589 unit terjual dari Januari hingga Oktober 2026, model paling laris Proton itu telah pun mengatasi jumlah jualan keseluruhan tahun 2025, meskipun masih berbaki dua bulan sebelum penghujung tahun.
Pengiktirafan terbaharu ini terus memperkukuh daya tarikannya dalam kalangan pembeli yang mencari sedan mampu milik dengan reka bentuk yang menonjol serta kepraktisan untuk kegunaan harian.


Platform AMA Milik Penuh PROTON
Model ini menjadi kenderaan pertama yang dibangunkan di atas platform Advanced Modular Architecture (AMA) dengan hak harta intelek (IPR) milik PROTON. Seni bina tersebut membuka ruang integrasi ciri keselamatan moden, sistem infotainmen serta kawalan pemanduan yang lebih kemas untuk kegunaan harian.
Ketua Pereka PROTON Design, Azlan Othman, menyifatkan kemenangan ini sebagai pencapaian bermakna buat pasukan pembangunan model berkenaan.
“Penerimaan Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat semua pihak yang terlibat dalam pembangunan Saga Serba Baharu. Matlamat kami adalah untuk menghasilkan sebuah kereta yang tampil moden dan mempunyai identiti Malaysia yang tersendiri, sambil memenuhi keperluan praktikal pengguna yang memandunya setiap hari,” kata Azlan Othman, Ketua Pereka, PROTON Design.
“Meraih pengiktirafan reka bentuk kedua pada tahun ini amat bermakna buat kami. Anugerah ini mengiktiraf dedikasi dan perhatian yang telah dicurahkan oleh pasukan kami dalam pembangunan Saga, serta keyakinan kami bahawa reka bentuk yang teliti dan bermakna seharusnya dapat dinikmati oleh lebih ramai pengguna, sama ada di dalam mahupun di luar negara,” katanya.
Kuasa Saga

Sepanjang lebih 41 tahun berada di pasaran, lebih 2.2 juta unit sedan nasional ini telah diserahkan kepada pemilik di dalam dan luar negara. Rangkaian kuasanya menggunakan enjin i-GT 1,499 cc empat silinder DOHC 16 injap berkuasa 120 PS dan tork 150 Nm.
Pembeli boleh memilih transmisi automatik empat kelajuan atau kotak gear CVT Punch dengan catatan penggunaan bahan api serendah 4.9L/100 km. Varian Premium tertinggi pula dilengkapi sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) bagi menambah lapisan keselamatan pemanduan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5098
SELANGOR
BSV4475
JOHOR
JJ4597J
PULAU PINANG
PSH7347
PERAK
APN3853
PAHANG
CFJ5224
KEDAH
KGK1051
NEGERI SEMBILAN
NEM7520
KOTA KINABALU
SJV4346
KUCHING
QAB1580Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Proton 2026: Model Berasaskan Geely Pintas Kereta "Buatan Tempatan"
Model Geely Kini Dominasi Jualan Proton 2026, Tapi Saga Masih 'Raja' Sebenar
18-11-2026
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Berita Terkini
Patutlah Proton Saga Laku Keras, Menang Anugerah Reka Bentuk Terbaik
Proton Saga telah meraih Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA), baru-baru ini.
28-11-2026
BYD Sime Motors Anjur BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE
BYD Sime Motors Anjur Jualan Akhir Tahun BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE.
27-11-2026
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
.jpg)


