ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Anak syarikat Sapura Industrial Bhd (SIB), Sapura Machining Corporation Sdn Bhd (SMC), memperoleh kontrak RM307 juta daripada Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd untuk pemasangan sistem gandar hadapan dan belakang model kenderaan Chery sepanjang tempoh empat tahun setengah.

Kerjasama pembekalan langsung pertama ini dimeterai menerusi Perjanjian Pembelian Induk (MPA), sekali gus memperkukuh pembabitan vendor tempatan dalam rantaian bekalan automotif global.

Skop Projek Sistem Gandar Model ICE, HEV dan BEV

Skop bekalan merangkumi pemasangan sistem gandar bagi platform kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), kenderaan elektrik hibrid (HEV), dan kenderaan elektrik bateri (BEV).

Antara model yang disahkan terlibat dalam projek ini termasuk model SUV JAECOO J5 serta barisan kenderaan di bawah jenama baharu, LEPAS.

Operasi pemasangan sistem gandar ini akan dijalankan secara khusus di fasiliti baharu SIB yang terletak di Bukit Beruntung, Selangor.

Keyakinan Pengeluar Automotif Global Terhadap SIB

Pengarah Urusan SIB, Datuk Syed Izuan Syed Kamarulbahrin, menegaskan bahawa pemeteraian kontrak ini membuktikan keupayaan teknikal dan kualiti piawaian pembekal automotif tempatan.

"Ini merupakan pencapaian penting bagi Sapura Industrial sebagai kerjasama langsung pertama kami dengan Chery. Ia mencerminkan keyakinan pengeluar automotif global terhadap rantaian bekalan automotif Malaysia," katanya.

Beliau menambah, SIB bersedia menyokong sasaran lokalisasi Chery di Malaysia menerusi pengalamannya selama lebih empat dekad dalam bidang pemesinan berketepatan tinggi dan sistem suspensi termaju.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX6739

SELANGOR

BSU9187

JOHOR

JH1538J

PULAU PINANG

PSH2904

PERAK

APM7874

PAHANG

CFJ3646

KEDAH

KGJ7448

NEGERI SEMBILAN

NEM5397

KOTA KINABALU

SJV1032

KUCHING

QAB9625P

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-11-2026
Berita Auto

16-04-2025
Berita Auto
EV

07-03-2025
EV

05-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.