Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

60% jalan raya di Selangor perlu dibaik pulih

Suhana Veru

Kongsi melalui

Laporan akhbar The Star melaporkan kira-kira 60% jalan raya yang kebanyakannya berusia antara 30 hingga 40 tahun telah “tamat tempoh” gara-gara kerosakan berterusan dan jalan berlopak.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani kerajaan negeri Selangor, Izham Hashim berkata, lazimnya jalan raya mencapai usia matang 15 hingga 20 tahun.

“Selepas tempoh itu, kerja-kerja menaik taraf perlu dilakukan terutamanya dari lapisan bawah. Langkah-langkah sementara seperti turap jalan juga dilihat tidak akan membantu meningkatkan kualiti jalan raya.

“Setakat ini, kita melihat kenderaan yang membawa muatan berlebihan dilihat penyumbang utama kepada kerosakan jalan raya,” katanya.

Dalam perkembangan, Izham turut menyuarakan proses pembaikan jalan raya atau kaedah turapan jalan.


Di Selangor, terdapat lima pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan raya.

“Buat masa ini, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya Selangor telah menyediakan peruntukan tahunan untuk membaik pulih sturuktur jalan raya di bawah dana Sistem Maklumat Rekod- Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

“Setakat ini, kami melihat tiada sistem seumpama ini (Marris) untuk jalan-jalan persekutuan,” ujarnya.

Pada tahun 2019, Izham pernah mengemukakan cadangan untuk menyatukan pemilikan dan penyelenggaran di bawah dua agensi sahaja namun sehingga hari ini, tiada sebarang perkembangan.



Tag:

infrastructure
public works
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026
Berita Auto

4 Penunggang RXZ Maut

Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

12-07-2026