Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aplikasi MyBayar Saman Telah Digunakan Ramai – Jumlah Bayaran Saman Mencecah RM20.5 Juta!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata sejumlah RM20.5 juta bayaran saman telah dijelaskan melalui aplikasi MyBayar Saman dari 25 Mac sehinggalah tengahari tadi.

"Pada 25 Mac lalu, sebanyak 37,213 saman dijelaskan membabitkan bayaran saman berjumlah RM4.3 juta, manakala 26 Mac lalu pula, 43,469 saman dijelaskan dengan bayaran RM4.7 juta. 

"Jumlah itu terus meningkat pada hari ketiga dengan 66,893 saman dijelaskan membabitkan bayaran berjumlah RM7.2 juta. 

"Bagaimanapun, jumlah itu sedikit menurun semalam dengan 29,936 saman dijelaskan membabitkan bayaran saman berjumlah RM3.2 juta," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Secara keseluruhannya, seramai 366,728 pengguna yang telah berdaftar dengan aplikasi dan portal tersebut.

Sempena Sambutan Hari Polis ke-214, pengguna yang menjelaskan saman melalui aplikasi dan portal MyBayar Saman dapat menikmati potongan sehingga 50 peratus selama 18 hari, bermula 25 Mac lalu hingga 14 April nanti.


"Saya harap orang ramai akan mengambil kesempatan membuat pembayaran saman melalui aplikasi ini yang turut memberikan diskaun saman sehingga 50 peratus," katanya.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari

Fenomena BYD ATTO 3 (2026): 10 Hari, 1,000 Tempahan.

15-06-2026
Berita Auto

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026
Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026