Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

HWG berhasrat untuk menjadi pengeluar kereta elektrik di Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

Ho Wah Genting Bhd  telah memeterai  Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Xiamen Chief Electric Vehicle Co Ltd bagi menerokai pengeluaran kenderaan elektrik di Malaysia.

Majlis MoU itu diadakan pada 22 Mac lalu. Syarikat Xiamen Chief Electric Vehicle telah ditubuhkan sekitar tahun 2000.

Syarikat itu menghasilkan kenderaan elektrik, alat ganti untuk bas pelancongan elektrik, kenderaan buggy dan banyak lagi.


Dalam satu kenyataan berasingan, Ho Wah Genting (HWGB)  mengumumkan rancangannya untuk memperkenalkan kereta elektrik dalam bentuk pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia tidak lama lagi.

Bagaimanapun, jentera itu yang dikenali sebagai Seiyong S1 telah diperkenalkan di pasaran China pada Disember 2019 dan hatchback keluaran Seiyong Motor ini dikatakan bakal dijual di Malaysia.

Seiyong S1 dilaporkan dilengkapi dengan motor elektrik yang menawarkan 35 kW (47 hp) dan 150 Nm output.

Malah, ia juga ditampikan dengan bateri 31.9 kWh lithium yang mampu bergerak sejauh  302 km dengan satu cas penuh, berdasarkan kitaran NEDC.

Sebaliknya, perincian pengesan bagaimanapun tidak disediakan, namun pengeluar kereta ini mendakwa ia boleh mencapai 30 peratus hingga 80 peratus  dalam masa 40-50 minit melalui pengecas pantas,

Mengulas lanjut mengenai pengecas, pengecas biasa dikatakan boleh mencapai tahap penuh bateri dalam masa 10 jam. Laju maksimum kenderaan  ini ialah 110 km/j.

Di China, ia dikenali sebagi Little Bee . Kenderaan comel ini didatangkan dengan tiga varian dimana harganya bermula dari 70,000 to 90,000 Yuan (RM44,300 to RM57,000). Ia menggunakan rim yang bersaiz 15-inci dengan tayar 175/60.

Sementara itu, bagi varian paling rendah, ia hadir dengan dram brek di belakang manakala, varian tertinggi pula menggunakan brek cakera di seluruh kenderaan berkenaan.

Bagi versi paling atas, ia kelihatan diberikan kelengkapan penuh seperti skrin sentuh lapan-inci, sistem kawalan iklim zon tunggal automatik, sistem tanpa kunci dan penghidup Push Start dan lampu utama automatik.

Ketua Pegawai Eksekutif HWGB, Datuk Aaron Lim menyifatkan industri kenderaan elektrik dilihat baru sahaja berkembang.

“Kami yakin Seiyong S1 mampu mengembangkan industri kenderaan elektrik di Malaysia. Dalam tempoh tiga hingga lima tahun, kami percaya Seiyong Motor akan menjadi pengeluar utama dalam pasaran industri kenderaan elektrik di peringkat global,” katanya.

Terdahulu, HWG juga telah memeterai MoU dengan syarikat AiTou Venture Capital bagi membawa masuk teknologi IT dan Pelaburan untuk Projek Kenderaan Elektrik.

.Berdasarkan spesifikasi di laman web jenama itu, kereta itu yang mempunya empat tempat duduk hadir dengan ukuran 3,720 mm panjang, 1,640 mm lebar dan 1,494 mm tinggi. 

Jarak antara rodanya pula ialah 2,390 mm manakala, beratnya pula sekitar 1,115 kg,.

Hakikatnya, pihak HWG tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kenderaan tersebut termasuk harganya.

Seperti biasa, kita cuma mampu menanti pengumuman rasmi syarikat berkenaan dan apa yang pasti HWG dilihat sangat serius untuk menjadi pengeluar kereta elektrik di Malaysia.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026