Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Pindah Kilang dari India ke Indonesia - Pelaburan Sebanyak RM1.49 Bilion!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda Motor Company kini sedang dalam perancangan untuk memindahkan operasi kilang mereka dari India ke Indonesia. Berdasarkan laporan oleh CNN Indonesia, Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita mengatakan perancangan ini telah diatur selepas mesyuarat bersama Honda diadakan semasa melawat Jepun pada minggu lepas. 

"Honda komited untuk menambah pelaburan sehingga tahun 2024 dalam sekitar 5.2 trilion rupiah (RM1.49 bilion), termasuklah pembangunan model baharu yang bakal dilaksanakan di Indonesia," katanya. Tambahnya lagi, pengeluar kereta tersebut telah merancang untuk membina model kereta elektrik di republik itu, namun, identiti sebenar model ini termasuklah sama ada ia akan dikeluarkan dalam versi hibrid masih belum didedahkan.

"Komponen kereta yang dihasilkan di negara Indonesia akan dijadikan bekalan rantaian global," ulasnya tentang penglibatan kilang baharu dalam aktiviti eksport. 

Komponen automotif yang dihasilkan akan dieksport ke sembilan buah negara yang termasuklah Thailand, Malaysia, Vietnam, Jepun, Pakistan, Arab Saudi serta tiga buah negara Timur Tengah. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026